Isnin, 23 Mei 2011

ayam selasih, bukan daun selasih ye!

Tergerak nak berkongsi tentang ayam selasih ni apabila keluar tentang ayam tersebut di Majalah 3 baru baru ni. Kiranya pertama kali dengar dan lihat. Rupa ayam ni sememangnya 100 peratus berwarna hitam keseluruhan badannya, Kulit pun warna hitam ko. 
tengoklah matanya pun hitam juga...
kulitnya pun warna hitam...

     Bagi pengamal perubatan, ayam ni cukup berharga buat mereka - ambil darahnya sebagai tujuan perubatan dan untuk kepentingan lain. Nak mencari ayam ni memang sukar sebab itulah harganya pun mahal. Berapa harga sepasang ayam ni? RM2000...! Hamboi, duit sebegitu dah boleh dapat laptop sebiji. Tetapi mereka sanggup membelinya, nak kata apa kan...(maaf gambar yang diambil kurang jelas).



   Kalau rasa-rasa nak melabur ke nak buat duit, bolehlah berkira-kira untuk bela ayam selasih ni. Kalau ada 10 pasang, boleh dapat RM20 ribu! Woww... kaya u...hehe

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...