Khamis, 12 Mei 2011

tak kisahlah kan...

Tak kisahlah orang nak kata apa - "jakun ke, hek eleh, itupun nak cerita ker", nak cerita jugak. Buat pertama kalinya saya menaiki penerbangan MASWINGS dari Bintulu ke Kuching. Yang bestnya dapat pembantu juruterbang yang ramah mesra menyapa penumpang semasa dalam perjalanan. Begitu gemalai suaranya menyapa kami-pertama kali dengar, lucu pun ada sebabnya gaya percakapan macam berjumpa kawan-kawan tapi masih mesra.

inilah kapalnya...comel kan...

teruja sebelum menaiki kapal terbang...
Dan yang bestnya jugak...masuk kapal ikut pintu belakang. Walaupun taraf VIP, kena ikut pintu belakang untuk duduk di hadapan. Bila dah sampai dan nak keluar, kena tunggu dahulu agar orang belakang dapat keluar dulu. Tempat duduknya pula dalam sekitar 80 unit dalam keadaan dua kanan dan dua kiri. Selain itu, dapatlah makan sandwich dan muffin serta air oren. Penerbangan ini  mengambil masa lebih kurang 50 minit.

Kipas yang ada kat sayap ni betul-betul berada di sebelahku. Mula-mula bunyi memang kuat, seram gak. Lama-lama ok. Selepas itu, dapatlah ambil gambar sungai Sarawak yang berlingkor-lingkor macam ular kena palu.
bila nak mula terbang, kipas pada sayap kapal ni memang unik bila berpusing..

sampai pertengahan jalan, nampaklah pemandangan sungai Sarawak ni - Subhanallah..
..dan lagi...
 

Akhirnya selamat tiba. Alhamdulillah. Kiranya memang seronok dengan pengalaman pertama menaiki pesawat ni. Tak tahu bila lagi dapat pergi ke Bintulu atau sekitar bandar di Sarawak - guna MASWINGS.

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...