Kami - Azma, Zana dan Suhana berpeluang menjadi anak angkat kepada Puan Rahmah Abdullah (nama bapak tak ingatlah pulak). Mak berketurunan Cina dan telah memeluk Islam sebelum berkahwin dengan bapak. Anak mereka seramai enam orang (tiga lelaki dan tiga perempuan-seimbang) dan seorang cucu lelaki-Amri.
Kami kagum dengan semangat bapak, yang hanya bekerja sebagai penjahit kasut mampu membesarkan anak-anak-alhamdulillah (dua orang dah berkahwin dan selebihnya masih bersekolah-seorang duduk asrama). Kebetulan salah seorang anaknya juga bernama Suhana... hhmm...oklah tu kan. Kak Suraya dan mak yang banyak bersusah-payah memasak untuk kami sepanjang berada di rumah mereka- terima kasih kami ucapkan.
keluarga besar bapak dan mak (seorang anak tiada dalam gambar-balik asrama) Suraya-Suhana-Suhaini-Habibi-A...dan A... (maaf tak ingat) |
kami bertiga dengan keluarga besar.. |
Sempena hari Ibu, anaknya Suhana sempat membelikan kek untuk meraikan ibu mereka. Jadinya, kami bersama-sama meraikan mak dengan suasana sederhana tetapi bermakna. Kami turut menumpang kasih dan kegembiraan walaupun mak kami jauh di mata.
kek untuk mak...sedap, alhamdulillah.. |
bersama-sama menyanyikan selamat panjang umur dan hari ibu..nampak terharu mak... |
mereka masih nampak romantik dan sporting bila mak diminta menyuapkan kek ke mulut bapak... |
Jika ada rezeki, panjang umur dan berkesempatan ke Bintulu, insya-Allah kami akan menziarahi mereka. Jasa mereka amat dihargai. Semoga ikatan silaturrahim akan terus bersambung dan berkekalan hingga ke hujung nyawa....amin.
2 ulasan:
kek tu nampak sedap la pula...teringin kek ni huhuhu...
alamak...minta cik abg belikan...tp beli yg kecil jer sbb mkn berdua jer..hehe
Catat Ulasan