Fenomena sebelah pagi-sedang menunggu flight 8.20 pagi ke Kuching |
Isnin - 16 Mei 2011
Berita baik untuk penggemar roti jenama Gardenia (point untukku sebab promosi jenama nih..hehe). Oleh kerana bekalan selalu sahaja habis bila nak beli roti ni setiap kali balik dari KL ke Kuching (almaklumlah kat Sarawak, roti Gardenia tidak dibenarkan bertapak!), maka hari ini bekalan roti dijamin mencukupi hingga hujung minggu ini. Aku sungguh teruja bila belihat bekalan roti-roti tersebut memenuhi ruang rak, siap ada di kotak roti lagi (sila lihat gambar akhir).

bekalan memang cukup, jangan riso ye kawan-kawan... |
Fenomena biasa ini berlaku semasa menunggu giliran masuk kapal terbang (khususnya ke Sarawak), maka berbondong-bondong (dengan plastik besar), oghang Sarawak akan membeli roti tersebut sebagai buah tangan. Tak sah kalau tak beli roti ni, sampaikan bekalan selalunya akan licin - lagi-lagi kat KLIA atau LCCT - sabo jelah. Kalau adapun di Sarawak ni, harganya memang berkali ganda (pernah jumpa di stesen minyak Petronas dekat dengan OneTJ - harganya memang boleh tahan - tahan nafsu makan jelah gamoknya).
Bila dah tahu situasi macam tu, apatah lagi kalau berpeluang balik ke KL, aku akan belilah siap-siap kat kedai luar - sebagai perisai bila bekalan habis. Nasib baik ,jika bekalan masih ada - maka tersenyumlah lebar untuk membelinya, tinggal lagi untuk sediakan wang yang cukup jer. Sampai satu masa, pernah melihat sendiri bagaimana anak kepada keluarga angkat membeli satu beg besar roti Gardenia - penuh dengan roti jagung dan coklat yang berharga 60 sen tuh! sungguh kagum aku dibuatnya. Maka selepas ini, silalah lobi ke, buat desakan ke untuk membina kilang Gardenia di Sarawak!
Jadinya, buat sementara nih jika berhajat nak melawat saudara-mara ker, kengkawan mara ker yang ada si Sarawak, makanya belilah roti Gardenia (mereka suka perisa butterscotch!) sebagai buah tangan yer... Untuk minggu ni, jangan risau kerana bekalan mencukupi.
siap ada bekalan tambahan di sisi rak roti...hehe |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan