Jumaat, 27 Mei 2011.
Apa yang berbudi, apa yang berkasih ni. Macam best sahaja bunyinya. Memang pun. Malam di mana malam meraikan persaraan Encik Jiso Rutan (Pengarah DBPCS). Beliau bersara awal berkuat kuasa 1 Jun 2011. Beliau memang seorang yang merendah diri dan tidak mahu menyusahkan anak buahnya (tidak mengharapkan untuk membuat sebarang majlis sempena persaraannya). Dengan hati yang penuh ikhlas, beliau menyatakan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua staf yang meraikannya.
Dah namanya bos kita dan banyak menyumbang bakti serta usaha dalam memajukan DBP, sewajarnya kita raikan beliau. Beliau bersara awal untuk menumpukan hidupnya untuk keluarganya pula dan memandangkan beliau memerlukan rehat yang cukup bagi mengatasi kemampuan fizikalnya yang agak terbatas ketika ini.
maaflah, empunya badan yang diraikan tidak dapat diambil gambar dari hadapan (en Jiso berbaju batik hijau) |
Atas usaha Badan Keluarga DBPCS dan pihak pengurusan DBP, kami bersama-sama berganding bahu untuk mengadakan majlis tersebut. Majlis mengenang jasa beliau ini dapat direalisasikan di Hotel Merdeka Palace. Walaupun majlis tersebut agak ringkas, tetapi cukup bermakna dalam hidup seorang insan yang bernama Jiso Rutan dan akan menjadi kenangan bermakna dalam hidupnya.
Apa menu malam tersebut? Tak perlu nak nyatakan banyak-banyak sebab dah tercerna dalam perut dah. Hehe. Menunya ala Perancis, tetiba pulak ada nasi beriani, boleh gitu. Antara hidangan yang sempat kutangkap dan makan ...
rojak sayur, buahan, jeli.... |
nak sihat, ambik sesayuran banyak-banyak k, spageti, nasi beriani, kentang pun ada... |
Alhamdulillah, walaupun lauk-pauk tak banyak, dapatlah kiranya memenuhi ruang perut kami. Terima kasih dan kredit buat AJK Badan Keluarga DBPCS, pihak pengurusan - kak Nin terbaik. Nak tambah cerita, sebelum nak keluar rumah, punyalah hujan lebat dengan angin yang kuat (nak dekat maghrib), siap terbang berayun-ayun payung dan kain ni bila nak tutup pintu pagar. Alhamdulillah, sampai juga ke tempat tujuan dengan niat baik untuk meraikan orang yang dirai. Majlis habis pukul 10.30 malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan