Hari ini cuti sempena Hari Wesak. Hari ni juga hari malas masak sedunia! Tapi sarapan pagi tetap buat - pisang goreng cicah sambal kicap Johor. Sebelum tengah hari siap mencuci baju segala bagai - perut dah berkeroncong. Sudahnya jam 2.30 petang baru keluar cari makan. Mula nak makan di kawasan Satok, tapi takde yang menarik jer. Akhirnya ke Matang - belakang E-mart. Apalagi, makan di restoran Abang Man Tomyam (selera semenanjung-asal tuan punya kedai memang dari semenanjung). Walaupun jarak dari rumah ke situ hampir 30km, tekak punya pasal, sanggup kuredah dari kejauhan untuk makan di situ.
Dari mula dah set kat kepala nak makan tomyam putih (takmo yang kaler merah tu), alhamdulillah tercapai juga. Abang pesan nasi ayam halia. Aku pesan, tomyam putih - letak ayam dan sayur - dan pedas ek - nasi jangan lupa - telur dadar satu (berapa banyak daa). Sekali pesanan dah sampai, tomyamku itu, ambik ko, sekali memang pedaslah, tengoklah je kat bilangan cili yang dibubuh kat tomyam tu. Alhamdulillah, tahan juga makan sampai habis - cuma tak sangka tukang masak akan bubuh cili merah sampai macam tu sekali...hehe.
keadaan cili-cili yang 'bergelimpangan' menggerunkan rasa tekak..hehe |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan