Siapa Yana? Ooo.. dia anak kepada kak Zainab Khamis. Baru-baru nih (mencuri masa untuk mengirim kek lapis melalui kak Mohaini untuk kengkawan di Bahagian Dasar dan PB), aku berkesempatan pergi ke rumah kak Nab dan sempatlah dia menjamuku makan kek keju hasil kerja tangan anaknya yang baru balik belajar membuat kek dengan bayaran kurang lebih RM200, Yana berpeluang membuat lima jenis kek termasuk kek cawan. Cantik juga hasil kerja tangannya dan rasanya juga sedap.
|
kek cawan yang comel! |
|
kek keju coklat..yummy... |
|
tak pasti nama apa kek ni...hehe |
|
kek coklat moist jika tak silap... |
Walaupun Yana akan bergelar doktor kelak, namun kak Nab sentiasa memberi galakan dan peluang kepada anak-anaknya untuk mempelajari perkara baharu dan kemahiran sampingan. Usaha seorang ibu bernama Zainab Khamis ini merupakan satu usaha yang wajar dipuji, sekali gus dapat memberi kelebihan kepada Yana untuk belajar sesuatu yang baharu - apatah lagi dalam dunia masakan. Tahniah untuk Yana. Empunya diri bila lagi? hehe...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan