Sabtu, 21 Mei 2011

Spring lagi...

Assalamualaikum...selamat berhujung minggu ye tuan dan puan. Awal pagi ni dah keluar cari sarapan dengan encik suami (macam biasa-di Kopi O Corner). Sempat makan laksa Sarawak special yang berharga RM6 hinggit dan encik suami makan mee jawa spesial. Mahalnya lah wei...nasib baik sedap. Kenapa mahal? Sebab mangkuk besar sikit dan udang pun besar sikit (3 ekor)...ado ko...
laksa Sarawak enam hinggit...

Pastu gi jalan ke toing toing (Spring). Pergi awal, makanya tempat letak kereta banyak kosong, pilihlah yang mana anda suka ye tuan dan puan. Beli suratkhabar, lepak bawak eskalator-sesi membaca dan sesi sudoku (encik suami). Sempat ambil gambar kawasan sekitar dalam bangunan Spring. Kebetulan pula ada pertandingan SIR (Spell it right) peringkat negeri Sarawak anjuran NST.

bukan kat Sabah je ada bunga nih..kat sini ada tau (replika jer-jadilah)..hehe
siap dengan taman segala bagai...

ada kolam kat lantai bawah...
..dan lagi...

siap ada perisai lagi...
pertandingan SIR...


Selepas bayar kupon letak kereta, tetiba terpandang keutamaan bahasa yang digunakan. Amat menyedihkan. Kedudukan BM di tempat yang ketiga (walaupun ayatnya betul), ni nak kena tegur ker?...hhmm


Nak boikot toing toing ni boleh. Tapi tulah satu tempat membeli-belah yang dapat menggembirakan aku. Sebab apa? Sebab boleh cari buku-buku kegemaranku di MPH. Perlu ada pertimbangan lain nih..hhhmm

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...