Apa pula jepuk-jepuk ni, Suhana. Hehe... Jemput-jemputlah (cucuq kata oghang utara, kalau di Sarawak, cucur merujuk kepada benda bergoreng, misalnya cucur pisang tu ialah pisang goreng). Hari Sabtu tidak ke mana-mana. Kira hari tersebut dalam sejarahlah. Sebab apa, encik suami ada kelas pada hari tersebut. Sebenarnya, kelas sebelah petang, dek kerana nak buat persediaan sebelum mengajar, tengah hari dah pergi dah.
Dalam tahap kemalasan tahap gaban, jap baring, jap tengok air basuhan, jap tengok tv, kugagahi jua untuk membancuh tepung untuk penghasilan jemput-jemput yang sempurna..haha. Macam bagus je bunyinya! Potong bawang, kupas kentang dan potong dadu kecil-kecil dan basuh bilis - masuk dalam tepung + pecahkan telur sebiji dan bancuh dengan air panas dan biasa. Gaul dan gaul, inilah hasilnya.
Mesti pelikkan...letak kentang. Bagi sesetengah orang macam pelik bunyinya. Tapi letak kentang dalam jemput-jemput ni pengaruh orang Johor rasanya, lebih khusus lagi wong Jowo! Belum cuba belum tau, tau. Dah siap bancuh sebati, silalah goreng dengan api sederhana ye tuan dan puan.
Goreng macam nak makan empat orang. Apakan daya sebab dah terlebih bancuh atau dengan harapan untuk santapan hingga ke petang. Kira tengah hari tak masak ler. Jemput-jemput kentang ni sedap dimakan dengan cicah sambal kicap takpun kalau malas tahap gaban, cicah dengan sos cili cap Life (siap promosi lagi). Jemput makan ye tuan dan puan.
punyalah tak buang lagi tanda harga tu..haha...sambal kicap WAJIB ada.. |
Tapi telah terjumpa satu jenis sambal kicap segera yang mudah dihidang dan sedap rasanya. Rugi tak beli banyak tadi sebab barang barukan, kena cuba dahulu, rasa dahulu baru tau. Kalau beli banyak dibuatnya tak sedap, taknya bakal dipinggirkan kelak, takpun menjadi habuan tong sampah. Ooo nahi, nahi, itu pembaziran namanya. Kalau nak order, boleh, kos penghantaran ditanggung sendiri ek.
jenama apa tuan puan..ABC...budak-budak pun tahu nak sebut... hehe |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan