Balik semenanjung baru-baru ni, memang dalam keadaan masa yang begitu terhad. Apatah lagi sampai-sampai je rumah di KL (7 malam), gerak pulak balik kampung - Kuantan (8.30 malam). Terima kasih untuk jiran yang baik hati kerana meminjamkan kereta untuk kami. Dapatlah berjumpa dengan ma dan abah (untuk keluarga di Batu Pahat - tunggu, anakmu akan pulang awal bulan Jun nih..hehe).
Ma dan abah baru selesai menambah baik dapur - kiranya kami orang yang mula-mula nangga (lihat) dapur rumah ma/abah (nanti ada masa, akan kupaparkan gambar dapur baharu tersebut). Walaupun masa sangat terhad, kami berasa puas kerana dapat menjenguk orang tua. Bahkan dapat menjenguk Iman sekeluarga - siap makan malam lagi - terima kasih kak Faliza/Awie sekeluarga (gambar Iman dll akan dipamerkan kemudian).
Semalam pula balik semula ke KL. Rasa damai dan riang kerana dapat menikmati panorama sepanjang perjalanan balik ke KL melalui jalan lama sehingga susur keluar ke Lanchang (gambar akan di muat naik kemudian). Banyak tempat disinggahi, dan hanya dapat menjejakkan kaki ke rumah menjelang maghrib.
Nak cerita lagi tempat makan yang wajib pergi kalau balik KL. Selain hidangan makanannya yang sedap, tempatnya berhawa dingin dan harganya sangat berpatutan (setanding dengan rasa masakannya), kami tak fikir panjang, akan singgah di restoran Cempaka Rimba (hidangan chicken steak/chop yang murah - RM7.90 kalau tak silap). Restoran ni terletak dalam bangunan PKNS BBBangi/pasaraya Billion. Dekorasi dan susun letak restoran juga agak menarik - sempatlah ku snap gambar sekeping dua. Rimbun dan membiru...hehe
siap ada sarang burung tempua lagi... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan