Sabtu, 30 April 2011

Urusan pembersihan hampir selesai

Cerita hari Jumaat-selepas balik kerja. Kali kedua encik suami telah berpeluang membersihkan lalang dan rerumput di belakang rumah setelah tertangguh beberapa lama. Jadinya lapang sikit belakang umah tu. Cuma tinggal sikit lagi 'line clear' lah pasni. Pastu bolehlah nak bercucuk tanam ke apa. Dua pokok nanas menunggu untuk ditanam. Benih cili api pun banyak. Tinggal nak beli pokok mangga ke, durian ke, kedondong ke, ok gak.
       Biar meriah sikit belakang umah tu. Boleh menghilangkan peluh-peluh degil kat badan nih. Selepas ni bermulalah aktiviti menyihatkan..sihatlah sangatkan. Kita tunggu dan lihat. Jeng jeng jeng. Tapi sebelum tu, jom kita tengok hasil pembersihan kebun ke, ladang ke..belakang umah.
nilah ghupanya lalang dan rerumput yang telah dicabut dengan gigihnya

encik suami yang gigih mengeluarkan peluh degilnya..hehe
 
tinggal sikit lagi bahagian rumput yang menanti untuk dicabut...tunggu k..

     Jadinya, tuan dan puan, nanti kita tunggu tanaman kontan yang bakal ditanam ok. Buat masa ini, gigih menjalankan proses pembersihan ladang @ kebun... tetapi bergantung juga kepada keadaan cuaca.
      Sementara encik suami gigih menjalankan misinya, maka aku bersilatlah kat dapur. Masak hidangan yang ringkas dan berkhasiat. Kumasak nasi, ikan terubuk bakar (dibungkus dengan daun kunyit) dan cicah sambal (bawang merah, tomato, cili api dan potongan daun ketumbar), dan sayur baby kailan masak dengan sos tiram.
     Mulanya nak buat pencicah guna asam jawa, namun bekalan asam jawa tiada, maka ku bubuh kicap sajalah. Hasil penat lelah encik suami berbaloi kerana kusediakan hidangan ringkas dan kami bersantap bersama-sama. Terima kasih atas rezeki-Mu Ya Allah. Alhamdulillah.
nasi coklat

sayur baby kailan masak sos tiram

ikan terubuk bakar

sambal kicap pencicah ikan bakar

Jumaat, 29 April 2011

Semangat nih

Tak tahulah mengapa hari ini rasa bersemangat nak menulis entri banyak-banyak (sebab nak cuti 2-3 hari kot..hehe). Kalau dalam kereta - jadi penumpang atau pemandu ke, tangan ni sentiasa bersedia untuk menangkap gambar pemandangan menarik dengan menggunakan kamera telefon bimbit cabukku! Pastu suka simpan dalam komputer (tu yang kadang berat jer komputer-banyak sangat gambar-kalau sempat memang buang). Bila dah ada blog ni, lega sikit sebab boleh muat naik gambar yang menarik untuk dikongsi dengan rakan-rakan. Gambar-gambar yang diambil pada kali ini diambil sekitar Kuching.








jalan nak ke tempat makan-sama ada nak makan di Coffe o Corner atau..

..di RJ Ayam Penyet..setakat ini, dua restoran ni yang nyaman hidangannya.

hotel bersebelahan Hospital Umum Sarawak
Pastu pusat membeli-belah yang suka pergi setakat ini ada di Simpang Tiga - Spring. Selesa dan banyak pilihan kedai juga. Buat masa ini, tempat sekitar Kuching sahaja yang mampu kupergi. Untuk mengembara dan perjalanan jauh ke Sibu ke, Miri ke, Bintulu ke, tak mampu lagi nak pergi. Perlu ada perancangan dan duit yang mencukupi. Insya-Allah.

Satu lagi tempat makan yang aku suka pergi (paksa encik suami makan kat sini juga- tapi nampaknya encik suami pun suka juga) yang ada kat Satok. Nama kedai dalam bahasa Melayunya, Restoran Rumah Hijau (Green House). Apa bendanya yang nak disantapnya - kalau bukan ayam penyetnya. Biarlah orang lain nak kata apa, yang penting, boleh je lalu kat tekak ni dan janji halalkan. Sebenarnya banyak pilihan makanan yang ada kat sini, tapi aku tetap ode ayam penyet jugak, boleh gitu!
        Tetapi tak boleh makan selalu kat situ, bengkok poket mak nyah. Walaupun 1 set ayam penyet 7 hinggit, kalau kali 30 hari, maunya tak geleng kepala. Sekali-sekala bolehlah kalau tekak ni rasa teringin (masalahnya- 2-3 hari sekali tekak ni rasa teringin jer..camno)..hehe.  Jom tengok gambar cafe/restorannya.

selamat datang - pintu masuk..kalau penuh, makan kat luar pun ok
 
tempat menunggu atau nak menikmati makan potongan kek keju/coklat pun boleh

antara gantungan lukisannya yang terbaik!
Tapi jangan lupa hari Jumaat, restoran ni tutup yer tuan puan. Selamatlah sikit bajet pada hari jumaat kan.


Jadinya, hari ini tak boleh makan di restoran ini. Tutup!

Bahasa Jiwa Bangsa

Sudah namanya duk kerja di Dewan Bahasa dan Pustaka tercinta, sudah tentunya pencinta bahasa Melayu kan. Penggunaan bahasa Melayu kena betul (ditempat awam atau situasi rasmi), apatah lagi kalau dah lalu di tempat-tempat awam, selalu nampak penggunaan bahasa di papan tanda, kain rentang, gegantung dan sebagainya. Kalau nampak tak betul jer atau guna bahasa selain bahasa Melayu (walhal duduk kat negara Malaysia-bukan negara orang putih pun), berasa kat jiwa nih, rasa nak betulkan masa tu juga. Tetapi kalau para pengiklan ni menggunakan bahasa yang betul, rasa sejuk dalam hati, dan dan juga capai kamera telefon bimbit dan snap dan nak kongsi dengan kawan-kawan...hehe..
kan sejuk je mata memandang tuh...rasa nak bagi hadiah kat pengeluar iklan tuh...hehe
Pastu, bila lalu kat jalan-jalan tertentu, nampaklah papan iklan ni kat mana-mana...alhamdulillah masih dikekalkan walaupun Bulan Bahasa Kebangsaan telah berlalu (tahun lepas). Kan rasa bangga gitu.

papan tanda ni ada di depan lapangan terbang

Si tembam Wafi

Aku memang suka ambik gambar Wafi, si budak tembam nih. Bila orang nak ambik gambar dia, mulalah pandang lain, buat aksi gedik sikit, becok-becok sikit, pastu malu-malu kucing pulak. Gambar Wafi ni (anak Linda Misran) diambil semasa nak hantar dia, mak dia dan makcik dia ke lapangan terbang- Balik JB-KL. Jangan nakal-nakal ye Wafi. Jangan lupa balik sini semula, nanti nanny Azlin dan abang Mamat rindu pulak kat Wafi..hehe

mula-mula control macho...

pastu malu-malu...

pastu buat gaya dan mulut mula becok nak bercakap..hehe..

Hidangan untuk tetamu

Mula gelabah kalau tetamu nak datang rumah. Nak masak apa agak-agaknya. Lagi-lagi kalau tetamu nak datang selepas maghrib - oklah juga boleh buat persiapan awal. Keluar makan tengah hari dari pejabat, siap-siap beli udang dan sotong, lepas tu fikir nak masak apa. Untuk mudahkan masak, goreng je udang dan sotong tu..hhmm mudah sangat. Bila dah duduk jauh ni, kerajinan dalam diri perlu kuat untuk memasak sendiri dengan jayanya - tetapi kalau dah banyak benda dan kena buat, minta tolong encik suamilah jawabnya.
           Tapi untuk kali ini, alhamdulillah selesai buat sendiri, pastu ketaq lutut tak hengat donia berdiri lama kat dapur (bukan besar manapun ruang dapur tu!). Sudahnya, aku masak sotong goreng tepung, goreng tempe cicah sambal kicap, udang masak merah bubuh teluq (jangan lupa buh daun ketumbaq-sedap), dan ulam timun, habih cerita - sudahnya baru perasan takde lauk berkuah..maafkan saya ye tuan-tuan. Istimewanya sebab masak beras coklat pemberian jiran kepada mak dan apak dari Kg Mang - terima kasih. Sedap tak sedap, licin juga mereka makan, terima kasih kerana makan dengan jayanya!..hehe..jangan serik datang lagi.

siap masak, tempe goreng nipis, sotong goreng celup tepung dan udang masak merah buh teluq

marilah ngap sama-sama (senduk nasi tu abaikan k)
-masak beras coklat...

Perjalanan hidup...

Pemergian rakan pejabat kami amat dirasai. Hilangnya bagaikan sekelip mata. Itulah berakhirnya perjalanan seorang manusia. Allah akan menjemput kita tidak kira masa, tidak kurang dan tidak lebih sesaat pun. Bagi yang masih hidup, masih terbayang wajah arwah dan memikirkan perjalanan hidup seterusnya. Secara tidak langsung, menginsafi diri akan kelemahan dan kekurangan amalan dalam diri. Sejauh mana keberadaan diri dan kecukupan amalan kebaikan yang pernah kita lakukan sebelum menghadap Allah.
          Aku sedar, banyak lagi kekurangan diri yang perlu diperbaik dan amalan kebaikan perlu ditambah. Mungkin tidak perlu dibuat dalam skala yang besar sehingga payah untuk kita lakukan atau tidak buat langsung- paling kurang, senyum kepada rakan, berbuat dan bersangka baik dengan orang lain, bersedekah, hormat kepada rakan-rakan, berbuat baik dengan orang tua (telefon bertanya khabar), berbuat baik dengan jiran, berusaha menambah ilmu akhirat dan lain-lain.Semoga perjalanan hidup untuk hari esok, lebih baik dari hari ini dan semalam.
           Tetapi itulah, jiwa ini seakan-akan meronta untuk menambah ilmu - pergi ke majlis-majlis ilmu. Semakin lama ditinggalkan, terasa agak kosong jiwa ini. Pernah menyuarakan hasrat dengan suami untuk berpindah ke kawasan kejiranan yang ramai orang Muslim dan penuh dengan majlis ilmu -surau atau masjid berhampiran. Insya-Allah ada jalan dan semoga Allah permudahkan hasratku ini. Aku tidak mahu terus lalai dengan keindahan dunia ya Allah, sehingga aku lupa akan Keberadaan dan Kekuasaan-Mu, ya Allah...

Rabu, 27 April 2011

Al-Fatihah...

27 April 2011- Pihak DBP Cawangan Sarawak dan DBP amnya telah kehilangan seorang staf yang berdedikasi, Cik Zainah binti Bol. Genap seminggu arwah di hospital dan telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.50 petang  setelah bertarung nyawa sejak tengah hari tadi setelah dikenal pasti penyakitnya (kanser payudara). Ibunya sempat melihat arwah sebelum arwah meninggal. Masih teringat lagi senyuman arwah yang terakhir semasa kami meninggalkannya semalam. Semoga kak dicucuri rahmat di alam sana kak.
         Mengikut kata rakan baiknya, arwah tidak pernah menyatakan kesakitan yang dialaminya. Masih teringat akan kebaikan arwah yang pernah menolongku semasa mula-mula ku menjejakkan kaki ke DBPCS. Arwah yang membawa aku ke sana ke mari yang berkebetulan ada majlis pada masa itu (16 Februari 2011). Walaupun seketika aku mengenali arwah di sini (di KL-kenal begitu sahaja), segala kebaikannya tetap akan dikenang hingga akhir hayatku. Semoga arwah ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Isnin, 25 April 2011

Tiba-tiba hati merindu


Hmm..bila nak balik kerja ni, tetiba teringat kawan-kawan kat Bahagian Dasar dan Penyelidikan Bahasa. Nampak bahagia mereka sekarang dengan adanya pertambahan staf yang dapat melancarkan lagi perjalanan bahagian. Kenang daku dalam doa kalian..huk huk..emosi pulak petang-petang ni ekk..dah sudah Suhana, 'masa dah time', balik masak untuk berbuka (pening sebenarnya nak masak apa)..waduh-waduh..

terpancar rona bahagia di wajah teman-teman

Kak Azilah-semoga cepat sembuh yer

Tahniah pd En Adnan krn dapat baby lelaki

Sabtu, 23 April 2011

Labuci dan manik

Hari ini hari Sabtu. Hari Sabtu kita cuti..horeyyy (semalam pun kita cuti). Jadi apa aktiviti kita hari ini? Jahit manik dan labuci pada baju kurung batiklah jawabnya. Almaklum dalam mood ok kan. Nanti tengoklah hasilnya yer.
Hasil orang malas buat manik dan labuci..asal ikut dan jer...janji ado..


kita pilih warna labuci yang sesuai ye puan-puan (nampak takde yang sesuai jer)

Inilah hasilnya yang tak seberapa...(ada hati nak tambah sikit lagi..tengoklah ikut mood)


Jumaat, 22 April 2011

Spagetti la bam ba

Setelah gigih mengumpulkan bahan untuk masak spagetti, bermula proses potong memotong bawang, cendawan, tomato, lada benggala, sosej, mengisar daging ayam dan merebus spagetti. Alamak terbeli spagetti yang halus pulak. Macam mana boleh tak perasan. Jadinya rebus lebih kurang dua minit jelah dan jangan lupa letak minyak sedikit. Dah siap potong memotong, dah boleh tumis bawang besar dulu.  Setelah bawang naik bau, masukkan daging ayam kisar dan leraikan kecil-kecil. Kemudian masukkan puri tomato, kacau hingga sebati, tambah air sedikit, baru masukkan bahan yang lain. Tambah sos cili sedikit, garam dan gula secukup rasa, jangan lupa oregano/daun bay. Dah masak, bolehlah angkat.
bahan-bahan dalam tin/botol

kisar daging ayam dulu ye puan-puan

siap potong bahan-bahan-sedia untuk memasak

hampir selesai


Inilah hasilnya-alhamdulillah. Cukuplah untuk makan berdua

Tambahan kisah, semasa lihat keadaan melalui tingkap bilik, kulihat pokok labu rasanya (jiran punya) mula menjalar hingga nak naik ke dalam tingkap rumahku. Bagus juga, bila dah berbuah, tinggal ambil dan bagi kat empunya jiran.

Aktiviti pagi cuti

Assalamualaikum..cerita hari ini: Ingatkan nak buat jemput-jemput kentang pagi tadi, tapi kentang pulak habis bekalan. Jadinya abg ajak makan di luar- apa lagi, di Satoklah-tempat biasa. Makan Mee Jawa spesial (sebab ada tambahan 4 cucuk sate) dan macam biasa, tekak ni inginkan Teh C Peng Spesial (tak boleh tinggal). Lepas makan cari ayam kat pasar Satok untuk masak spagetti nanti dan sempatlah snap gambar kawasan pasar di Satok. Beli ayam, mak oii mahalnya, beli sikit je kena bayar RM7...mmm bayar jelah sebab spagetti punya hal.
Mee Jawa Spesial


Air kegemaranku..hmm..nyaman

Keadaan kawasan sekitar Pasar Satok selepas pilihanraya


Lepas tu cari bahan di Mall di Semariang, terjumpalah satu benda cute dan menarik (sebab tak pernah jumpa kan) ala-ala kerang. Warna pink dan di tengah-tengahnya warna putih. Rupa-rupanya bekas letak pinggan dan letak sudu garpu di tengah-tengahnya.
nilah bendanya...menarik gak (tak beli pun)

Khamis, 21 April 2011

Buka Puasa

Untuk berbuka puasa hari ini, teringin makan kentang goreng plak. Ambil keputusan makan di McD di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (yang dekat dengan rumah). Alhamdulillah, dah selamat makan. Terima kasih atas rezeki-Mu ya Allah.


makan kentang dulu-alhamdulillah dah tercapai keinginan di tekak


Pastu belasah burger daging dan air milo panas...
Esok kami cuti umum (Sabah & Sarawak) sempena Good Friday...nak buat spagettilah esok..insya-Allah. Bahan-bahan dah beli, kalau tak buat tak taulah nak cakap apa...hhmm

Kedai Kopitiam

Kat Kuching ni banyak kedai bertaraf kopitiam. Tapi nak pilih yang halal agak sukar. Ada satu kopitiam kat Satok yang menghidangkan ayam penyet-ayam bakar dan lain-lain. Nampak spesial dan sedap. Aku dengan encek suami cubalah makan kat situ. Aku ode ayam bakar (tak sempat ambil gambar dah ngap), pergh sambalnya mmg boleh tahan pedasnya-sampai mengalir air mata dek kepedasan sambalnya. Tapi makin pedas, laju je jejari ni menyuap ke mulut, sudahnya sebelah malam memulas2 sakit perut. Encek suami ode makan mee goreng + pisang goreng tabur keju dan susu pekat-mmg terasa sedapnya, tp akibat dah kenyang-makan perabih dalam keterpaksaan...alhamdulillah...dalam pada masa tu, sempatlah aku snap gambar kedai kopitiam yg agak menarik dekorasinya.
.
.
layanz ok..
.
.
dinding
  

ala-ala klasik tempatnya
 














 


kaunter bayaran
    


basikal pun ado
     
pisang goreng ditabur keju dan susu pekat

  
teh tarik buih spesial





















Lain masa nak cuba ayam penyet plak..hhmmm


Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...