Assalamualaikum pembuka bicara. Tergerak hati untuk berblog sementelah hidup di perantauan- bumi Kuching, Sarawak. Mula bertugas di tempat baharu (mengikut suami)-DBPCS pada 16 Februari 2011 (Rabu) bersama Puan Hajah Asmiah Ajamain. Walaupun berat meninggalkan rakan-rakan dan kenangan semasa di KL-ku gagahi jua untuk menerima rakan baru dan persekitaran baru. Kini setelah lebih dua bulan, diri ini sudah dapat menyesuaikan diri di tempat kerja dan sekitar bandar Kuching. Sudah jatuh cinta juga dengan minuman Teh C Peng Spesial dan ayam penyet...kalau makan hari-hari pun tak jemu....
Satu penghijrahan yang membawa seribu makna kehidupan yang penuh suka dan duka. Daripada situlah kita belajar dan terus belajar untuk bersyukur dan memaknakan kehidupan...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tahun 2020 yang mencabar
Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...
-
Assalamualaikum semua. Sempena hari cuti pekerja nih sepatutnya boleh pergi bercuti ke mana-mana, tetapi tak sempat nak rancang. Jadinya per...
-
Entri terakhir untuk malam ini. Limau ni diberi nama limau susu. Kebetulan kawan-kawan baru balik dari Sibu, sempatlah mereka membeli limau ...
2 ulasan:
mee jawa dengan sate tu memang sedap la...mee pok tu nampak sedap :-)
mmg semuanya sedap belaka...kalau ada peluang boleh mai sini-jalan2-makan2...hehe
Catat Ulasan