Isnin, 30 Julai 2012

puasa ke-10

Asmk dan selamat sejahtera sahabat semua. Selamat jumpa lagi dalam minggu baharu nih. Diam tak diam dah sepuluh hari kita berpuasa-alhamdulillah. Semoga puasa kita seterusnya diberkati dan diterima oleh Allah SWT.
laksa swk..nyum nyum
Minggu lepas ada buat laksa Sarawak disebabkan mempunyai daya mood yang tinggi..cewah. Dapatlah ku menjamu kawan-kawan encik suami. Terima kasih banyak kepada encik suami yang banyak menolong menyiapkan persediaan bahan dari awal lagi.

Hujung minggu baru ni juga ada bermalam dan berbuka puasa di rumah mak bapak Kampung Mang-alhmadulillah. Hari Ahadnya bawa mak, sepupu dan anaknya ke Serikin (dah cakap dengan mereka nak pergi-kena tepati janji). Pergi selepas subuh, sampai rumah pukul 12 tengah hari. Lepas sampai rumah mak, kami melepek kepenatan (kami tak tido sepanjang jalan, mereka ok je boleh lena) dan balas dendam tido.

cantik kan? cendawan kendung..
Antara sayur pelik yang sempat mak angkat kubeli ialah cendawan kendung (warna kuning oren dan ada hanya pada musim panas jer). Jangan risau ye sahabat, cendawan ni selamat dimakan.

mak rendam...
Kami tak dapat berbuka pada petang semalam sebab nak urus rumah yang belum selesai (baju dua bakui tak basuh lagi). Alhamdulillah rejeki, mak ada kirim cendawan kendung, sambal petai dan nasi untuk kami melalui anaknya.

rezeki berbuka petang semalam..ada nasi beriani ayam-kongsi dua orang, bubur pedas (beli),
sambal petai dan sayur cendawan mak yang bagi...

kiri, cendawan kendung dgn daun apa tak pasti dan kanan, bubur pedas...
Tak dapat kucoret banyak sebab otak beku dan tetiba deretan ayat
yang kutaip sebelum ini tetiba hilang dan tidak sempat diselamatkan.

2 ulasan:

Ummu Madihah berkata...

Sedapnya laksa Sarawak!!

Suhana dbp swk berkata...

memang sedap puan, kalau ada rezeki nanti sy masakkan utk puan k..jom dtg ke kuching..hehe

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...