Khamis, 26 Julai 2012

Selesai sudah...

Assalamualaikum sahabat semua. Tak lambat lagi rasanya nak ucap selamat berpuasa. Moga Ibadah puasa kita akan diterima oleh Allah nanti...insya-Allah. Kali ni baru boleh tarik nafas sikit bila sibuk mengemas dan berpindah stesen kerja. Balik daripada kursus je bermulanya puasa, alhamdulillah.

k-pap gergasi kak Monie..

mee kari kak Azila buat..nyum nyum

kuih jala emas dan ** itik..puan Ratna bawa

martabak Raja - sama, puan Ratna yang bawa

spesel-mingkam..peberetku nih...sodap..
Pada minggu kedua kursus juga, kusempat balik kampung menjenguk orang tua. Terima kasih pada sepupu yang sudi menumpangkan ku balik kampung. Alhamdulillah, masa tu musim rambutan, sempat ku merasa hasilnya. Dan dapat juga ku menguruskan mak dan memasak untuk keluarga (kira rajin sikitlah balik kali nih- ku beri peluang adik keluar berlibur).

buah nam-nam..ada di kampung

masak bilis goreng bodoh (alamak tetiba keluar air liur bila tengok nih)..

air tangan adik - ikan mende tah, masak lemak pecal...sodap wehhh
Moh kite cite sikit tentang kisah semasa ku berada di KL baru-baru nih (yang penuh dengan jamuan bahagian sebelum tiba puasa). Seronok berkursus beramai-ramai kali nih dengan adik-adik yang baru habis belajar di IPT dan ada juga yang mempunyai pengalaman bekerja sambilan sebelum diterima masuk DBP.

gambar selingan - sempat buat untuk beri pada kawan-kawan...
Pada minggu akhir kursus, kami sempat membuat lawatan ke Utusan Printcorp-Dawama di Bandar Baru Bangi selama setengah hari. Alhamdulilah kami dilayan baik oleh mereka, siap dijamu sarapan pagi dan makan tengah hari serta diberi cenderamata majalah dan akhbar - terima kasih. Kami dibawa melawat kawasan kilang percetakan dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Jom tengok kawasan tersebut.




Dalam pembahagian tugas kumpulan, ku masuk dalam kumpulan empat untuk membuat majalah kanak-kanak. Alhamdulillah berkat usaha dan kerjasama kawan-kawan, kumpulan kami menang mengatasi kumpulan lain. Maaflah tak dapat bergambar sama disebabkan kekangan waktu yang memaksaku pulang dahulu (tumpang kawan balik). Semoga kita dapat berjumpa lagi bila ku turun ke KL nanti. Semoga kita semua dapat menjalankan amanah dengan baik dan berdedikasi.

hadiah yang kami dapat..

ce teka apa dia??

mesti dah tahu apa bendanya kan..terima kasih pihak Urus setia dan penceramah...

2 ulasan:

Aida Salleh berkata...

kenapa apam polkadot comel tu tak sampai kat akak sebiji dua? huhuhuhuuuuu...

Suhana dbp swk berkata...

Alamak kak...sori tak dan jumpe..kak pun baru blk bercuti kanss...nanti sy buat lagi k utk kak..huk huk..sowi..

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...