Selasa, 12 Jun 2012

hidup ini...


tiket tol jambatan Rasau untuk ke Brunei...
Assalamualaikum sahabat semua. Menjelang pertengahan bulan Jun 2012, baru kumampu mengisi entri di blog ini. Nak kata sibuk, taklah sibuk mana. Agaknya kepenatan setelah balik dari Brunei tak hilang lagi. Maklumlah jauh perjalanan - penat tapi seronok. Alhamdulillah, perancangan di saat-saat akhir dimakbulkan dan dipermudahkan oleh Allah SWT. Dengan sahabat baik, berkonvoi dua kereta kami menelusuri bumi Sarawak nan luas menuju ke Bandar Seri Begawan (Brunei) dari 31 Mei 2012 hingga 2 Jun 2012. Entri tentang perjalanan kami, akan kuceritakan nanti.

Kembali ke rumah, badan mulai rasa sakit dan selsema. Sempat ku kerja sehari dan mengambil cuti sakit dua hari - dapatlah diri ini berehat. Namun, masih ada sisa selsema dan sedikit batuk. Dalam kepenatan itu, ku telah menerima berita gembira yang tidak disangka-sangka. Sehingga kini, masih tidak percaya, seumpama dalam mimpi. Alhamdulillah, syukur pada-Mu Ya Allah kerana memakbulkan doa hamba-Mu yang kerdil ini.

Ku pernah melalui saat-saat gagal tidak diterima untuk kenaikan pangkat. Oleh itu, amat memahami jika rakan-rakan lain tidak mendapat  kenaikan pada saat ini. Mungkin Allah SWT akan memberi kalian rezeki yang lebih baik pada masa akan datang, insya-Allah. Semoga dengan kenaikan pangkatku, dapat menaikkan motivasi kerja dengan lebih amanah, sabar dan bertanggungjawab serta dapat membantu keluarga dan sahabat yang memerlukan. Terima kasih juga atas doa dan dorongan encik suami, keluarga dan sahabatku.

Semoga juga, usai orientasi, dapatlah kiranya ku ditempatkan di bahagian yang kubertugas sekarang ini. Ku sedar, ujian Allah SWT terhadap setiap hamba-Nya dalam pelbagai  bentuk. Semoga Allah memakbulkan doaku untuk berkhidmat di Bumi Darul Hana ini bersama suami tercinta...amin.

Minggu ini berkebetulan sibuk menguruskan pertandingan Forum Pelajar 2012 yang bakal diadakan pada 19 Jun 2012. Semoga majlis pertandingan dapat berjalan dengan lancar. Ada kelapangan, akan kucoret lagi perjalanan hidup di bumi milik Allah SWT ini.

5 ulasan:

Sue Abd Aziz berkata...

Tahniah Su... Rezeki Allah SWT.
Tipulah kalau akak cakap akak dan kawan2 tak kecewa, tapi sbb akak pun sedar diri... baru dpat kanan, takkan nak tamak pulak ye.... Apapun, akak dan kawan2 lain redha je. Marah sekejap je... Jgn lup apam itewwww....

Ummu Madihah berkata...

Tahniah Su atas kenaikan pangkat!!

Suhana dbp swk berkata...

Terima kasih Puan Hajah atas ucapan tahniah..

Kak Sue: terima kasih juga kak..kita pernah mengalamai saat kecewa bila tak dapat. Sebenarnya turut sedih kpd kwn2 yg tak dapat. Ni pun masih rasa tak percaya lagi, betul ke aku dapat. Apa pun bersyukur sgt dgn rezeki Allah ini dan berdoa agar kwn2 yg lain akan dpt rezeki tsbt pd masa akan datang...aminn..

Aida Salleh berkata...

Tahniah dik! Semoga rezeki kurniaan Allah ini akan memberi motivasi kepada awak untuk meningkatkan mutu kerja pada masa akan datang. Insyaallah.

Suhana dbp swk berkata...

Terima kasih kak Aida kusayang..hehe..alhamdulillah. Insya-Allah sy berazam utk meningkatkan ilmu dan mutu kerja pd masa akan dtg.. terima kasih sekali lagi atas doa kak...

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...