Jumaat, 10 Jun 2011

Sebahagian persiapan majlis...

Macam tak percaya yang adikku Siti Syazwani Mohd Amir
ni akan bernikah. Usianya baru menginjak 21 tahun pada
tahun ini. Jika dipandang dari sudut positif, bagus nikah awal ni -
untuk menggalakkan penghasilan zuriat yang ramai (suburlah
katakan).

Dari sudut yang lain pulak-hanya pengalaman sehari-hari
dapat mematangkan mereka dek kerana masih muda dalam
menangani masalah, suka duka dalam kehidupan.

Apapun kami memanjatkan rasa syukur atas usaha baik dalam
membina masjid ni sekali gus dapat meramaikan umat
Nabi Muhammad SAW hendaknya.

Sempena majlis adikku, beberapa persiapan awal telah dibuat.
Antaranya, persiapan hantaran, bunga telur, hadiah cabutan
bertuah dll.
persiapan hantaran untuk pihak lelaki...
sebahagian bunga telur...tema kaler purple..
Bercerita tentang cabutan bertuah yang dilihat sebagai satu
trend terkini  untuk diberi kepada perewang atau keluarga
pihak pengantin - yang turut sama melancarkan perjalanan majlis,
turut disediakan bagi mengucapkan terima kasih kepada
mereka.
sebahagian hadiah untuk cabutan bertuah...

Apapun, terpulang kepada individu/keluarga tertentu untuk
menyediakan atau tidak.

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...