Lupa nak kongsi citer yang semalam kami telah dapat menikmati kemanisan durian terbaik. Sempat beli semasa nak balik ke rumah - beli BBBangi. Kira pertama kali merasanya, sungguh-sungguh manis dan terbaik. Dapat makan dua jenis durian, satu yang manis dan biji besar dan durian kecil dan tentunya biji kecil.
Kiranya dapat balas dendam sebab kat Kuching-regenya mahal dan sekali gus dapat tutup baunya dalam kereta (sebab apa, sebab sebelum ini adikku Ani telah membeli durian dan sememangnya keretanya berbau, kiranya bila aku beli dan masukkan durian dalam keretanya, dia tak dapat cam yang kami juga telah menambah bau durian dalam keretanya..hehe..kecuali dia dah baca entri nih).
|
berkilat dan manis sungguh rasanya... |
|
nampak dalam gambar macam beso jer, tapi kecil isi dan bijinya... |
|
nah tengok bijinya, kecil jer... |
Alhamdulillah, tercapai hajat encik suami dan diriku untuk menikmati buah durian sebelum balik ke kuching semula. Selepas ini takdelah nak keluar ayaq liur lagi..haha..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan