Khamis, 2 Jun 2011

Alhamdulillah...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, selamat menjejakkan kaki ke Malaya semalam. Sebelah petangnya pula terus memandu ke KL untuk ambil encik suami dan urusan lain. Keluar dari rumah mak pkul 5.15 petang, ditambah dengan ujian hujan lebat sepanjang perjalanan. Lalu menempuh kesesakan di lebuh raya di Tangkak (gambar kemudian, dah ada gambar kat bawah yer)-dalam setengah jam juga. Walaupun hati berbelah bahagi-memikirkan pukul berapa nak sampai destinasi-dah nak golap nih-harap-harap sampai sebelum pukul 10 malam.
   Alhamdulillah jam 8.30 malam sampai dengan jayanya di rumah sendiri. Hari ini pula berpeluang dapat berjumpa teman-teman sepejabat di KL. Gembira jumpa mereka - walaupun rasa selesema di hidung sedang beraja. Sebelah petang, barulah kami bergerak semula ke kampung sempena majlis perkahwinan adik, jangan demam teruk sudahlah yer. Ni namanya ujian dari Allah SWT jua hendak-Nya.
   Kepada kawan-kawan yang dijemput, semoga kita dapat bertemu dalam majlis itu kelak. Selepas ni, akan kukemas kini blog. Kali ini blog tiada gambar kerana menempel di komputer orang-harap maklum. Sebelum menamatkan bicara dalam entri nih, terkesan dengan satu kenyataan yang dipetik dari buku motivasi Dr HM Tuah Iskandar "Seorang lelaki dikatakan hebat bila dia telah menjaga baik kebajikan kedua ibu bapanya, maka kebajikan keluarganya juga akan terbela". Semoga sama-sama menjadi renungan.

saat meninggalkan bumi Kuching..
dalam perjalanan...
dah nak sampai...

alhamdulillah dah sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai, Johor...

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...