ke sana. Dapatlah tengok ikan besar-besar. Kat sini takde
sangat jual ikan yang kecil-kecil seperti ikan kembung ke,
selar kuning ker. Paling kecil yang ada, cencaru, anak kerapu,
sotong dan udang..hehe.
Jom tengok ikan apa yang ada. Nak beli pun fikir dua tiga kali
sebab makan dua orang jer, sementelah peti ais kecik je.
ikan puput... |
pari dan....?? |
Istimewanya kat sini, boleh minta tolong anak-anak muda yang
baik dan rajin, untuk tolong siangkan ikan, kagi-lagi yang
besar dan banyak sisik...alhamdulillah senanglah koje mak-mak
kat dapur. Silap-silap haribulan boleh jadi menantu mereka nih!
Satu lagi, sempat melihat peraih ikan sedang menunggu pembahagian
ikan dari toke nelayan. Kira adillah sebab semua dapat, cuma kena sabar
menunggu jer. Linda kata, ikan-ikan kat sini agak murah untuk dibeli
oleh peraih berbanding tempat lain. Agaknyalah kan, takkan kami
sanggup datang ke sini, semata-mata nak beli ikan murah dan segar.
mai-mai...pilih, pilih... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan