Macam best je nampaknya. Buah ni susah nak
berbuah kalau tak ye ye. Kira spesis buah eksotiklah
sebab susah nak jumpa pada zaman sekarang.
Alhamdulillah baru ni balik, dapat tengok buah ni di rumah jiran.
Cuma belum cukup besar apatah lagi nak menjangkau masak
- lambat lagilah jawabnya. Tak tahulah kat tempat lain,
panggil apa nama untuk buah ni.
Bila dah masak, buah ni akan jatuh sendiri dan berbau
lemak-lemak harum. Rasanya? Rasanya manis-manis
buah dan rasa lemak harum. Tapi awas ye tuan dan puan,
bukan boleh main kupas je kulit buah ni. pastikan berus
dulu bulu-bulu halus di permukaan kulit buah ni.
Kalau tak buang dahulu, maunya akan rasa bisa
di tapak tangan.
Dek kerana buah ni tak masak lagi semasa jumpanya,
maka tidak dapat kupamerkan isi
lain masa kalau ada rezeki, bolehlah kita kongsi ek.
Nak lagi bagus, kita kongsi rasanya kelak - insya-Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan