Jumaat, 10 Jun 2011

Sehari di Pekan Rengit...

Rengit - sebuah pekan yang telah banyak membangun.
Kemudahan bank dan premis perniagaan yang bertambah,
selain sekolah, balai polis, masjid, klinik, pejabat pos dll.
Yang bestnya, premis kedai HPA, Sakan dan KFC pun ado!
Kira hebatlah tu kan...

Apa lagi yang best? Mestilah pasar lambak pada hari Jumaat
pagi (pasar tani pada hari Ahad). Nak citer yang bukan mudah
nak jumpa pasar lambak hari Jumaat ni sebab kalau balik
kampung pun mesti Jumaat malam baru sampai.
jambatan baharu...
Bila ada peluang pergi, apalagi jom. Ada jambatan batu -
tambahan pada jambatan kayu sedia ada. Apa yang best
kat pasar ni? Adalah sempat jumpa dan rakam makanan
yang susah nak jumpa sekarang - terutamanya di Johor.
Jom kita tengok apa bendanya.

daun meranti-sedap masak lemak, tambah sambal belacan dan ikan kering...pergh...enaknya...
lokan....
kulit lembu...pertama kali jumpa...hehe

burasak - makanan orang Bugis...
lepat pulut (dibungkus dalam daun kelapa muda)..macam kalupis/kelupis (Sarawak/Sabah)
bahan-bahan nak buat putu piring...kalau kat Johor warna kuning-tempat lain warna putih...
perwap dan dibungkus dalam sapu tangan...

Pasar lambak ni hanya dibuka hingga tengah hari
(sebelum solat Jumaat). Jadinya, jangan lupa pergi awal k.
Tak rugi pergi pada kali ini sebab dapat membeli
makanan kesukaanku dan lainya.
macam2 ado...
sebahagian barang dari orang asli (kuala) Rengit...
ada lagi...jom beli...pilih mana yang berkenan...

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...