Khamis, 30 Jun 2011

Semalam...

Semalam, datang kerajinan untuk memasak, walaupun ringkas tapi nyum nyum
berselera makan (maaflah encik suami sebab i masak masakan wong Jowo-
ringkas dan tidak berkuah). Masak petai kicap berlado, berbilis dan berbawang.
sengaja asingkan bilis yang telah digoreng dahulu...petai tu...sedap...
tambahkan kicap...
dah siap...taburkan bilis goreng di atasnya....siap untuk dimakan..
     Tambahan lagi potongan peria katak yang dah lama tak makan. Bila terpandang
peria katak ni, teringat kepada mak mertua tersayang sebabnya beliaulah yang
mengajar aku makan dan jatuh cinta dengan peria katak (ado ko, jatuh cintalah
dengan benda lain, ni peria katak!).
    Kalau teringin nak makan, makan jer. Tapi kalau balik kampung di Pahang,
hirisan peria katak ni sedap dimakan dengan nasi panas-panas, pastu cicah budu yang
diletak hirisan bawang, cili api dan limau kasturi (pergh sedang meleleh air liur nih).
Walaupun pahit sedikit, tak mengapa. Kalau nak kurangkan rasa pahit peria,
hiris nipis-nipis je dan senang nak masuk mulut...

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...