Baru-baru ni ada menghantar mak ke klinik desa. Rutin sudah sampai
untuk berjumpa Dr seperti biasa. tapi sayangnya Dr kesayangannya
tidak ada dan telah diperiksa oleh Dr yang lain. Pemeriksaan seperti biasa,
lihat tekanan darah, kencing manis dan berat badan. Tekanan darahnya
normal, kencing manis-paras gula naik sikit dan berat badan bertambah sikit.
Yang nak cerita lagi sebenarnya nak cakap tentang kerusi kayu (seperti
dalam gambar). Itulah, dunia dah moden, guna teknologi internet lagi,
bila bab kerusi, guna kerusi kayu jer. Memang menarik dengan penemuan
yang kudapat ini.
Dah namanya klinik desa, sesuailah dengan penggunaan kerusi kayu itu
(di bilik Dr lagi). Apapun keselesaan itu penting, apatah lagi di kawasan
tugas mereka (nasib baik Dr keluar sekejap-maka aku menjalankan misi
merakam gambar tersebut-jangan marah ye Dr).
Atau mungkin Dr di situ lebih selesa menggunakan kerusi kayu...hehe
Satu penghijrahan yang membawa seribu makna kehidupan yang penuh suka dan duka. Daripada situlah kita belajar dan terus belajar untuk bersyukur dan memaknakan kehidupan...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tahun 2020 yang mencabar
Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...
-
Assalamualaikum semua. Sempena hari cuti pekerja nih sepatutnya boleh pergi bercuti ke mana-mana, tetapi tak sempat nak rancang. Jadinya per...
-
Entri terakhir untuk malam ini. Limau ni diberi nama limau susu. Kebetulan kawan-kawan baru balik dari Sibu, sempatlah mereka membeli limau ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan