Khamis, 9 Jun 2011

Sendiri...

Lepas puas layan keletah Hadi, kupinjam kereta adik untuk ke KL
bersendirian. Petang hari (sampai JB sebelah pagi), kuteruskan
perjalanan ke KL untuk mengambil suami dan mak angkat (yang
mendarat di LCCT).


Kuberanikan diri untuk memandu sendiri. Keadaan hujan lebat
ketika itu. Ditambah dengan kesesakan seketika akibat kemalangan
yang berlaku di kawasan Tangkak-Pagoh (menghala ke selatan).
Waktu tu, senja sedang berlabuh.


Apa yang kulihat, kemalangan berlaku antara bas dan lori tangki.
Dek kerana lorong jalan dibuka untuk kenderaan sebelah menghala
ke selatan, maka memang layak untuk membentuk kesesakan.

bas tergolek dok di tengah pembahagi jalan...

lori tangki pulak...(warna itam)
Alhamdulillah, kesesakan yang kutempuh tidak mengambil masa
yang lama. bertolak dari rumah 5.15 petang dan sampai di Bukit
Mahkota jam 8.15 malam.

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...