Khamis, 4 Oktober 2012

nasi berudang

Assalamualaikum sahabat semua.

Selamat bertemu kembali pada bulan Oktober. Pejam celik pejam celik nak sampai penghujung tahun. Macam kebiasaannya, bulan Oktober setiap tahun ialah Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK), bulan mencintai bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Melayu. Pelbagai aktiviti kebahasaan dan sastera telah dirancang untuk memeriahkan lagi BBK. Semua warga DBP memang sibuk pada ketika ini. Semoga amanah yang dipertanggungjawabkan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

Kita tinggalkan seketika cerita di atas, kita telusuri cerita bulan lepas yang belum sempat dikongsi.

Ku ada beli beras basmathi sebanyak 5 kilo sebungkus (takde jual yang sekilo) sebelum ini. Dah masak dua kali nasi mandhy (suami buat), namun masih banyak lagi ada dalam simpanan. Ada sekali buat nasi lemak, masih berbaki banyak lagi. Siap bawak sekilo ke KL baru ni jamu makan kawan-kawan dengan nasi lemak campuran beras basmathi gitu - macam mana nak habis, hanya dua orang je makan.

Pastu ada juga buat nasi berudang. Wah! Kedengaran agak menarik gitu. Walhal cuma tumis sedikit bawang merah dan serai, masukkan air, dah mendidih baru masukkan beras basmathi yang dah direndam jap, dibasuh dan ditos. Tak lupa masukkan serbuk kunyit nak bagi menarik gitu - ala nasi ayamlah kans.

taraaa..bajet sedap..hehe
Pastu dengan gigihnya masak udang berserai pulak (kari ayam beli dalam tin - punyalah malas kan sebab tumpuan utama kan nak masak lauk udang). Yang best pulak makan dengan terung pipit yang ada kubuat sebelum ini (ambik sedikit selepas masakkan untuk Linda). Kiranya lauk carca-marba. Hmm... takpelah, janji boleh masuk kat anak tekak (dalam perut bercampur jugak).

lauk berudang...

hidangan sampingan...sebelah kiri - kari ayam dalam tin jenama tutss..
sebelah kanan tu terung pipit-mcm takde kaitan je kan, tp laju je kumakan..haha

** SELINGAN **

selingan jap-nak cakap, selalunya letak filling blueberry nak buat apam, baru letak coklat urai pulak..ok kot..

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...