Isnin, 28 November 2016

Ke Korea Kita! - Bahagian 10 (Kimchi dan Epal)

26 Oktober 2016 (Rabu)

Bangun pagi, gosok gigi, bersihkan diri dan solat. Barang-barang dah siap kemas. Tinggal nak turun sarapan je. Kak Pah dan kak Hawa je yang pergi sarapan - sempat makan roti bakar dan bawa balik telur rebus untuk makan di bilik - untuk adiknya yang malas turun ini..hehe. Sebelum kami keluar dari hotel, sempat bergambar di sekitar hotel, apatah lagi waktu pagi yang dingin dan sedikit berkabus serta dihiasi dengan dedaunan pokok menguning dan merah - harmoni je warnanya (gambar nak kena cari - macam tak jumpa lagi yang sesuai).

8.30 pagi
Keluar dari provinsi (daerah) Pyeongchang dan balik ke Seoul semula. Kami sempat singgah di hentian rehat dan rawat kat kawasan Yongin. Memang bersih kawasannya (macam tempat kita juga) dan tandasnya pun tersangatlah ok (bersih) walaupun tandas pasang siap. Tak sempat nak beli apa-apa sebab perlu cepat untuk sampai di Seoul.





bersih je kawasan dalam tandas nih..
meh rakam kenangan kat hentian nih..nak pergi lagi ntah bila kans...

Four Season Farm
Destinasi pertama lawatan untuk hari ini ialah di kebun empat musim (Four Season Farm) di pinggir bandar dan masa kami datang, hanya ada buah epal dan pear sahaja (mujur ada dan dapat merasai pengalaman ini, kat kampung hanya dapat jumpa buah kopi, belimbing, kedondong, pisang..haha). Buah epal dan pearnya memang besaq-besaq, puas makan na. Kami hanya dipetikkan dengan buah pear dan dibenarkan bergambar di sekitar pokok epal dan pear. Buah epal yang matang baru dipetik. Jadiknya yang ada kat pokok belum lagi matang - hepp tak boleh petik ye!  Kami sempat juga dihidangkan dengan potongan buah epal dan pear yang sangat manis dan sedap (termasuk dalam pakej bayaran) serta diberi seorang sebiji buah pear dan sebiji buah epal. Siapa rasa tak cukup, boleh beli lain ye. Harga dua buah 10000 won (anggaplah macam RM10 duit kita, kalau tukar mata wang mahunya jadi RM38!!).
Selamat datang! Gadis buah mengalu-alukan kedatangan kami..hehe..

Rasa macam nak peluk-peluk je buah yang merimbun nih kans...hehe
antara deretan kedai yang ada di sekitar farm nih...
besaq-besaq buah epal nih..geramnya...
 kegembiraan yang tak terkata...senyum!!!...


yang bawah ni pulak buah pear kuning...ada banyak ketul namun
berbeza sedikit jumlahnya di pokok berbanding buah epal yang merimbun nun!


Jom nikmati kemanisan dan kerangupan buah pear dan epal...



Kimchi Sarang/Hanbok
Kembara ke Korea tak sah kalau tak cuba mengenali kimchinya (jeruk sayur). Terdapat 200 jenis kimchi yang telah dihasilkan di Korea - sejak zaman nenek moyang mereka telah wujud. Mari kita pergi ke tempat pembuatan kimchi - Kimchi sarang (love). Disebabkan kimchi ialah trademark orang Korea, maka banyak tempat dijadikan sebagai pusat pelancongan untuk menunjukkan penghasilan dan sejarah tentang kimchi (jualan kimchi turut ada). Demo secara ringkas juga disediakan untuk kami mencuba melumur adunan kimchi pada lapisan kobis yang telah direndam garam (Kobis Korea memang besar dan sesuai dibuat kimchi-manis dan rangup). 
 
 
Nota:
Kimchi dibuat dari sayuran dan diperam dengan pelbagai bahan dan mempunyai rasa pedas dan masam (biasanya sayur lobak, kobis dan timun, makanan laut dan sebagainya). Ramuan lain seperti serbuk cili, halia, bawang bombay, bawang putih, pes udang, sos ikan dan ginseng. Kimchi biasanya dibuat dalam jumlah yang banyak kerana tahan lama jika dihasilkan dengan baik. Kimchi boleh dimakan begitu sahaja atau makan dengan nasi, buat kimchi stew (kimchi jjigae), penkek kimchi (kimchijeon), sup kimchi (kimchiguk) dan nasi goreng kimchi (kimchi bokkeumbap). Sedap tau kimchi kobis nih, kami suami isteri dah suka makan kimchi sekarang nih. Susah nak dapat yang halal kat Malaysia. Sapa-sapa yang nak pergi Korea, kami nak kirim kimchi!...haha..boleh...
 
salah satu tempat kimchi sarang yang kami lawati...

antara jenis kimchi yang ada...
 Antara bahan-bahan untuk menghasilkan kimchi yang ditunjukkan kat sini -
leek, hirisan lobak merah dan putih, daun kucai, halia, bawang putih dan besar,
garam, serbuk cili, halia dan serbuk ginseng (penyedap kimchi)
tenaga pengajar kami (Ray)...warganegara Indonesia (berketurunan Cina) yang bekerja di Korea..
lihatlah saiz kobis kat atas tuh...bosa bona saiznya...
bersemangat kami membuat kimchi...
Kami hanya diberi beberapa helaian daun kobis yang telah direndam garam. 
Tugas kami hanya lumur dengan rempahnya dan ikat, siap! 
Kalau diberi kobis sedebak tuh, maunya satu jam tak siap nak lumur...hehe
Gambar bawah...dah siap!!! yeayy!!!
senyum perlu lebih...sebagai bukti dah berjaya lumur kimchi...haha
lumur...lumur..ikat kimchi, dah siap...
kami turut dijamu dengan hidangan beberapa jenis kimchi - makan dengan seaweed...sedap! 
Dah siap buat kimchi, jom melaram dan bergaya pakai hanbok - pakaian tradisional orang Korea zaman dahulukala. Namun, kini masih diperagakan di kawasan/tempat pelancongan tertentu bagi mengenali pakaian tradisi mereka. Jom layan aksi kami yang melaram pakai hanbok - kena bergaya sopan santun ye. Layanss!!!














Dah..dah. Cukup ye. Perut dah rasa lapar.
Jom makan tengah hari-sup dan bibimbap telur. 
Nama restoran tak pasti pulak.

sup sayur...
Bibimbap telur dalam bekas panas - nasi perlu digaul sama dengan sayur-sayuran sebelum ngap!!
Satu hidangan lengkap! Alhamdulillah...

Korean Folk Village
Perut dah kenyang, jom teruskan kembara kita ke Korean Folk Village (Muzium Hidup) di Suwon. Perkampungan ini menjadi tempat pengambaran cerita-cerita lama orang Korea. Kawasan perkampungan ini besar dan terdapat banyak muzium mini lain yang menempatkan budaya dari negara-negara lain juga. Terdapat juga rumah-rumah tradisional dan peralatan lama yang memang sesuai dijadikan sebagai lokasi penggambaran.
     Menariknya, turut diadakan pertunjukan tarian tradisi yang meriah dari sekumpulan penari profesional di tengah bulatan besar. Beberapa kumpulan anak-anak kecil dari sekolah tadika dibawa oleh guru masing-masing merasai pengalaman dan keindahan sekitar perkampungan tersebut. Comel belaka mereka nih sambil menggalas beg dan membawa bekalan makanan. Mereka turut dididik mengenal dan mencintai budaya nenek moyang. 
pemandangan depan pintu masuk Korean Folk Village...




antara drama Korea yang pernah membuat penggambaran di sini...









beg anak-anak disusun kemas sementelah anak-anak menjalankan aktivti mereka
- bagaimana mereka dididik dengan disiplin
(jangan risau, tahap keselamatan di sini tinggi)

comel kans anak-anak ini...





Inilah yang dikatakan perkampungan hidup sebab ada petugas yang 
menjalankan aktiviti pertukangan dan sebagainya di sini...rutin harian...






Nampak tak buah yang merimbun kat belakang hakak-hakakku? Buah pisang kaki tuh!
Takde sapa berani petik pun..kalau kat Malaysia? Mahunya dan licin...hehe



antara pertunjukan tarian yang disediakan..memang ramai penonton...




Mr. Steven meminta kami turun untuk merakam kenangan dengan kumpulan penari tersebut
(kerana keunikan pakaian tradisi mereka juga kot)
kita sambung tengok bangunan lama yang ada...

Demo Mr. Steven dihukum pukul dengan kayu sambil meniarap atas bangku panjang...
kami bersorak agar dia cepat dipukul...haha...hanya pukulan lembut jer..





kat kawasan khemah bawah ni ada disediakan perkhidmatan menyewa hanbok
 - bolehlah melaram kalau tak puas pakai tadi...hehe




Kami sempat menunaikan solat jamak qasar di bahagian hadapan sebelah kiri muzium mini dan berhadapan dengan Monda Folklora Muzeo (gambar sebelah kiri atas) - ambil wuduk di tandas. Puas juga bertanya - Mr. Steven berusaha juga untuk mencari ruang solat buat kami, akhirnya kami jumpa sendiri - Alhamdulillah. Cukuplah ada ruang solat secara terbuka tetapi bersih. Nampak cermin kat bawah tuh, memang setiap pergerakan solat kita menarik perhatian pengunjung. Ada juga pengunjung yang berasa hairan dengan tingkah kami, demi menghadap Allah SWT, kami tawakkal dan cuba khusyuk dalam solat. Mr Steven dan geng cuti solat menunggu kami sebelum meneruskan meneroka perkampungan ini.


Usai solat, kami teruskan perjalanan. Acah-acah bergambar dengan patung pelakon Korea..haha...
mereka ni tengah bergaduh, sorang pandang sana, sorang pandang depan...
aku tolong damaikan mereka dengan kasih sayang..haha...melalut!








Doota Mall
Selamat tinggal Korean Folk Village! 3.00 petang selesai lawatan, moh kita ke tengah bandar Seoul - Bangunan Doota Mall (pusat beli belah terkemuka). Kami dibawa ke tingkat 6 untuk membeli barangan cenderamata (Kedai Arirang). Menariknya sebab pembantu kedai fasih berbahasa Melayu, memudahkan kami berurusan beli barang. Tak berani beli banyak barang sebab boleh beli di pasar malam Nangdaemon (tempat yang wajib kita pergi..hehe). Jom layan bangunan yang ada di sekitar Doota Mall.







gambar bawah: pemandangan waktu nak masuk malam


Terima kasih kak Asma sebab belanja minum kopi...
7.00 malam
Sebelum daftar masuk hotel, jangan lupa makan malam kita  Asian Restaurant 'Hisbiscus' di Vabien-I Serviced Residence kawasan Gangnam. Kami dijamu dengan hidangan buldogi - daging lembu halal (sebut betul-betul ye, jangan salah sebut). Rupanya ada hidangan bufet lain yang boleh kami nikmati juga. Boleh tambah lauk-pauk dan minum kopi dan teh.


cukuplah makan satu hidangan lengkap nih...Alhmadulillah...
buldogi


8.20 malam
Daftar masuk Hotel Urban Palace di kawasan elit - Gangnam. Hotel moden namun ruang agak sempit untuk kami bertiga. Syukur ada ruang untuk kami solat dan letak beg gedabak kami. Kami akan menginap dua malam di hotel ini. Pada saat ini baru 'tahu' benar untuk mencari arah kiblat sebenar (sebelum ini bergantung pada bantuan kak Asma dan Kak Yati) - Alhamdulillah. Jom bersihkan diri, solat dan tidur. Jumpa lagi esok ye...

Nota:
Dua entri berikutnya belum sempat masukkan gambar. Terpaksa masukkan maklumat dulu sebab nak ambik entri bulan November. Kang lambat masuk, terpisah bulan untuk masukan entri.

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...