Rabu, 23 Mei 2018

Hari Keluarga Generasi Zaiton

15.12.2017 - 16.12.2017
Hari Keluarga Generasi Zaiton telah dirancang setahun atas inisiatif pakcikku (Maman). Zaiton ni nama nenek (embah) kami sebelah emak. Sebab itu dinamakan Hari Keluarga Generasi Zaiton. Alhamdulillah, embah masih sihat dan mampu bergerak secara mengensot walaupun sebelum ini pernah diserang strok dan tangan kirinya tidak dapat berfungsi lagi. Adik-beradik mak ada enam orang. Walaupun tak cukup kourum, perjumpaan kali ini tetap dilaksanakan. Dapatlah berkumpul dengan makcik/pakcik sedara dan sepupu sepapat. 
Lokasi hari keluarga kali ini di Rumah Rakit JDT, Pusat Memancing dan Rekreasi Sungai Layang di Pasir Gudang. Rumah rakit nih taklah jauh dari tebing/pesisir laut, tetapi perlu naik bot dalam masa lima minit. Embah, emak dan sebahagian sepupu dan cucu pertama kali menaiki bot, apa lagi, teruja sungguhlah! Syukur dapat menggembirakan mereka walaupun dalam perkara seperti ini (sayangnya abah tak nak ikut pulak).
Hari keluarga ni walaupun dibuat dua hari semalam, namun pengalaman dan kenangan yang dirasai adalah yang terindah. Masing-masing telah diberi tugas untuk melancarkan program - memasak, hadiah dan lain-lain. AJK memasak yang paling utama! Aktiviti utama kaum lelaki mestilah memancing kan! Turut diadakan pertandingan - siapa paling berat tangkapan ikannya. Kedatangan kami disambut dengan hujan gerimis. Jom layan gambar yang ada.
Nak masuk kawasan pinggir laut. Tempat meletak kereta turut disediakan.

 



Sesi bergambar dulu sebelum naik bot

Inilah embah Zaiton yang kami kasihi. Terpancar rasa seronok di wajahnya.
Sesi memunggah barang dan menunggu sebelum naik bot untuk ke rumah rakit.
Kegagahan menantu emak dan cucu embah yang mendukung emak dan mengendong embah ke perut bot




yeayy dah sampai..alhamdulillah...
Sekitar Pemandangan di Rumah Rakit JDT.
Rumah rakit (bayangkan) tengah-tengahnya pusat aktiviti memasak, tidur, solat dan di kelilingnya ada bilik mandi dan jamban, ruangan aktiviti memancing. Anak dan cucu bebas berlari keliling dan taklah boring sangat. Dalam satu-satu masa, rumah rakit nih dapat memuatkan 30-40 orang dan memang selesa untuk bersantai dan hari keluarga, bebas buat pelbagai aktiviti dan memasak bagai. Tempat memang selesa sebab boleh bawak kerusi roda-bawak mak dan embah berjalan-jalan keliling rumah rakit. Cuaca pun alhamdulillah redup, men je dek hujan.
Yang ni pulak rumah rakit yang lain-hanya boleh tido dan memancing,
tak boleh memasak tapi boleh makan di kantin mereka.


Tempek gambar sebelah malam sebab nak tunjuk gambar bilik
(depan-belakang ada 6 bilik penginapan)
Antara keperluan utama, caj henpon. Rumah rakit ni guna generator, makanya selepas 12 malam, bekalan elektrik memang takde. Berebut juga nak caj henpon masing-masing. Selepas itu, jam 12 tengah hari esoknya baru dipasang semula generator.
Minum petang duluan... 
 Jom makan laksa penang, kek lapis dan kopi cicah biskut...sedap!

Dah selesai minum petang, moh sediakan bahan nak buat BBQ dan goreng karipap...
Tukang masak beraksi di dapur...
Ikan, sotong dan kupang siap untuk dibakar dan kuahnya pun dah siap.
 
Tukang masak berposing jap!
 


Kita bersambung cerita dan gambar esok...
Jom kita sambung gambar dan cerita...

  Aktiviti Memancing-Harapan dan hobi orang lelaki!
Tengoklah si kecik oyen ni pun sibuk melawat kawasan walaupun dalam gerimis!
 

Dari petang ke malam ke pagi semula dan petang...pancing wajib dipasang!
Pemandangan waktu malam di rumah rakit sebelah...


 Macam-macam gaya memancing...layankan ajer. Bila dapat ikan, semua bersorak bagi sokongan!
Pemandangan waktu senja...

Suasana selepas Subuh. Subhanallah...cantik bila melihat matahari naik.


 Aktiviti tambahan, anak toke rakit nak bawak budak-budak keliling rakit. Apa lagi, seronoklah depa!

Selesai makan minum, tidur, mandi, solat dan memancing, tiba masa bergambar untuk kenang-kenangan. Ada enam adik-beradik mak, hanya empat je yang dapat turut serta, setiap keluarga berdasarkan warna baju. Nak berkumpul lagi macam ni memang susah, nak curi masa dan lihat keadaan kewangan juga. Perancangan awal memang wajib diambil kira. Semoga setahun dua lagi dapat berkumpul lagi macam ini.
Toke rumah rakit dok seriau je melihat kami bergambar ramai-ramai sebab takut senget keadaan rumah rakitnya!
 

 
Selesai bergambar, dengan rasa berat hati meninggalkan rumah rakit. Terima kasih tuan rumah rakit atas perkhidmatan yang memuaskan dan kerjasama ahli keluarga yang cukup baik. Panjang umur murah rezeki mudah-mudahan dapat berkumpul lagi. Insya-Allah...
 
 Hasil tuaian hamper dan tangkapan ikan yang telah dibahagi-bagikan. Cucu atok Amir yang puas hati dapat berkumpul pada kali ini. 

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...