Jumaat, 4 Januari 2019

Selamat Tahun Baharu 2019!

Assalamualaikum,

Semangat tahun baharu 2019 bermula. Usai masing-masing menguruskan anak-anak memulakan alam persekolahan, mak-mak bolehlah menarik nafas lega dan menyambung tugas di pejabat. Namun, banyak pula tugas di pejabat yang perlu diselesaikan. Misalnya penyediaan myPortfolio (seakan-akan Fail Meja tapi yang ini lebih ringkas, ringkaslah sangat, banyak kerja juga nak kena buat oi! Haha...). Maka berbahagialah kepada sahabat yang telah memasuki dunia pencen!

Tahun 2019 jugalah aku berpindah unit sekali lagi. Lebih mencabar! Dari Unit Penerbitan ke Unit Pengembangan Bahasa dan Sastera (sekali lagi). Menguruskan projek berskala besar (gituh), Forum Remaja Peringkat Negeri Sarawak, di samping lima projek yang lain SERTA Ketua Unit Komunikasi Korporat (sebagai pemantau je katanya). Segala tugas baharu yang tidak dijangka. Semoga Allah SWT memberi kekuatan padaku untuk melaksanakan tugas sebaik-baiknya. Sebelum berpindah unit, segala tugas sebelum ini perlu diselesaikan sebaik mungkin dan diserahkan kepada pegawai yang berkenaan, laporan pascaprojek dan nota serah tugas juga jangan lupa. Selepas itu, barulah fokus kepada tugas baharu. 

Awal tahun ni juga agak sibuk, adik lelaki bongsu nak nikah di Kelantan (tiket dah beli). Dahlah buat pada Tahun Baru Cina, kalau tak beli tiket cepat-konpem mahal. Servis keta tahap major pulak (kos tinggi) dan tarikh lahir kereta jugak bulan dua! Bertabahlah poket Suhana! Ok dah tak tahu nak bebel apa lagi. Fikir baik-baik, kerja baik-baik dan semoga hasilnya lebih baik untuk tahun 2019 dan tahun seterusnya. Ku doakan yang baik-baik juga buat diri, suami, keluarga dan sahabat semua. Semoga beroleh kesihatan dan rahmat yang berpanjangan. Allah jualah Sebaik-baik Perancang.

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...