Jumaat, 27 September 2019

Bahagian 10 - Queenstown Skyline dan Glenorchy

Bahagian 10
 
 
 
 
 
23 Mac 2019 (Sabtu)
Usai mandi, solat dan bersarapan, kami keluar 8.30 pagi dan dibawa ke Queenstown Skyline, bagus juga awal pagi keluar dan tak berebut dengan pengunjung lain. Bayaran masuk sebanyak NZ39 dan perlu naik gondola untuk menikmati pemandangan sekitar bandar Queenstown (di sebelah hemisfera selatan), berlatarbelakangkan gunung-ganang yang cantik dan Lake Wakatipu yang menganjur sehingga ke Taman Negara Fiordland dan sebuah bandar yang terletak di kawasan sempadan wilayah Glenorchy (selalu menjadi tempat latar belakang filem termasuklah The Hobbit and Lord of the Rings).
 
 
 
   
   
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  
   
 
 
   
 
 
10.30 pagi selesai berada di puncak bandar Queenstown, kami dibawa ke bandar Queenstown untuk menikmati pemandangan dan membeli cenderamata. Kak Pah bersedia dengan yang lain untuk menikmati keseronokan menaiki bot laju. Kami yang lain sempat menghabiskan masa meneroka bandar Queenstown, menjelajahi pasar mereka dan membeli cenderamata sementara menunggu mereka usai menaiki bot laju. Kemudiannya, kami dibawa makan kebab sebelum balik ke rumah penginapan untuk rehat dan solat.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  
 
 
 
4.30 petang kami keluar semula untuk ke bandar kecil di Glenorchy. Sepanjang perjalanan nak ke Glenorchy, kami dapat menikmati pemandangan tepian tasik dan gunung-ganang yang cantik. 
 
 
 
  
 
 

gaya, mutu, keunggulan!
6.30 petang Sambung berjalan semula ke bandar Queenstown untuk cari cenderamata dan makan malam di Fish and Chip (gambar makanan tiada). 8.50 malam sampai di rumah penginapan, jom bersihkan diri dan solat, pastu boleh tidur.
 
 
 
 

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...