Selasa, 18 Oktober 2011

buah katak puru..hehe

Cuba teka gambar nih, buah apa agak-agaknya? Mesti dah tahu kan sebab tajuk entri pun dah cakap buah apa. Kalau kat kampung teman panggil buah namnam jer. Orang lain panggil buah atak puru sebab bentuk fizikalnya menggerutu. Jangan bayangkan sedang makan katak puru udohle yer..hehe. Rasanya manis-manis masam dan memang sedap (rasa terliur pulak tekak nih).
    Susah nak dapat makan buah ni. Buah ni banyak ditanam kat kampung atau tumbuh meliar di sekeliling rumah. Teringat memori semasa kecil dulu, bila pergi rumah nenek, mesti cari buah ni dulu walaupun ada kat kebun belakang rumah dan semak pulak tu - janji dapat makan. Tetapi bila pergi takde, hampalah rasa dan berharap minggu depannya akan berbuah. Sekarang ni ada pulak kat umah abah, kalau ada rezeki dapatlah makan - namun berebut juga dengan adik-adik sebab kami suka makan buah ni.
masa ni tengah ditumbuhi jerawat...hehe

sedapnya....

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...