Selasa, 22 November 2011

Pingat Emas untuk Harimau Muda Malaysia

Tahniah Tahniah Tahniah Tahniah Tahniah Malaysia...

Alhamdulillah..ucap syukur tidak terhingga kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya telah memberi kemenangan kepada pasukan bola sepak Malaysia (Harimau Muda). Tahniah untuk pasukan Malaysia dan jurulatihnya. Apabila nyanyian lagu Negaraku berkumandang malam tadi, maka menandakan berakhirnya acara sukan SEA 2011 pada malam ini. Malam esok ialah malam penutup (jumlah keseluruhan pingat emas untuk sukan SEA 2011 = 59 pingat).

Begitulah penangan bola sepak - bola sekadar sebiji bola, namun perjuangan pemain dan sokongan rakyat Malaysia melebihi segala-galanya. Sejak kebelakangan ini, semangat dan keyakinan pada tahap dan mutu permainan bola sepak daripada pemain-pemain Malaysia telah meningkat. Sekali gus menyemarakkan semangat dan sokongan padu dari rakyat Malaysia 100 peratus. Kita dapat mengekalkan pingat emas sekali lagi - alhamdulillah.

Apabila diteliti perlawanan pada malam tersebut, iaitu perlawanan yang penuh debaran dan membuatkan jantung penonton berdebar-debar menahan teruja. Sudahlah permainan melalui saat masa tambahan dan masih terikat 1-1, akhirnya kemuncak debaran melalui sepakan penalti. Alhamdulillah, Allah Maha Adil. Kemenangan berpihak pada Malaysia. Itulah adat sesuatu pertandingan. Andainya Malaysia kalah pun, mereka telah bermain bersungguh-sungguh, apatah lagi dalam tempoh yang singkat perlawanan demi perlawanan (separuh dan akhir) - selang sehari. 

Walaupun ada beberapa pemain yang cedera, semangat yang ditiupkan oleh jurulatih dan sokongan/doa rakyat Malaysia, mereka bersemangat untuk berjuang habis-habisan hingga ke titisan darah terakhir demi menyelamatkan maruah negara. Biarpun mereka mendapat layanan dan ejekan dari manusia yang dangkal sifatnya, akhirnya meraka menang. Rakyat Malaysia dapat menarik nafas lega dan bersyukur pada Allah SWT. Terima kasih Ya Allah...(tido lena malam ni yer)

p/s: Semangat betul malam nih bila tulis entri..entri yang berlambak sebelum ni punyalah tak sempat nak tulis..haha... Tak sangka juga Myanmar dapat pingat gangsa menewaskan Vietnam 4-1...mantap de...

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...