Kali nih dapat merakam remang senja berlabuh di kawasan perumahan Matang. Ditambah lagi suasana hujan- nampak gelap kawasan sekitarnya. Rasanya dah berapa bulan tak menjejakkan kaki ke kedai makan Man Tomyam. Kali ni tak tertahan lagi. Selepas balik dari Bintulu, sebelah petangnya memang nekad makan di kedai tersebut walaupun jauh. Dah kenyang makan, terus je balik rumah-solat maghrib di rumah – boleh gitu..hehe... janji puas hati dan dapat mengisi perut dengan makanan ala Semenanjung.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan