Jumaat, 27 April 2012

Projek mengemping...

Leni kalau nak balik kg Mang agak terhad masanya. Bila bapak telefon untuk pulang ke kampung, barulah kami pulang untuk lapangkan masa. Bapak ada telefon minggu lepas, maka dan jejiran nak buat mengemping padi. Seronok juga melihat mereka mengemping padi – saling bekerjasama dan saling merasa hasil kerja mereka. Sekarang ni sedang musim menuai dan menjemur padi.
dah ditumbuk..proses menampi- buang kulit daripada isi..
Sambil menunggu proses menjemur tuh, mereka menjalankan aktiviti untuk mengeratkan silaturahim dengan menumbuk padi untuk dibuat emping. Sedap juga kalau dapat padi muda, dah siap ditumbuk, makan dengan susu pekat atau gula campur nyior ..hmmm sodap.
dah siap, buh susu pekat (tak nampak sebab dah digaul)

buh kelapa parut dan gula..mmm sedapnya..

dua-dua nan ado...
Kalau nak buat bertih beras pun sodap. Masak di kuali tanpa minyak dan sangrai (sangai kata orang Johor) dengan daun meley (macam daun pandan), emping tersebut digaul sedikit minyak dan kirai-kirai dengan daun meley- jadilah bertih beras, pastu tabur gula..nyum nyum memang sodap (orang kampung memang kreatif dalam bab masakan tradisi nih).
gaul dengan sedikit minyak...

sangrai dengan daun meley hingga jadi bertih...

dah siap...buh gula dsb pun boleh..dah jadi bertih... (macam pop corn pulak-bila dimasak berubah fizikal)
Sambil-sambil tu, mak sempat bakar ikan puput (macam ikan terubuk, tapi yang ni sedap lagi). Makan dengan nasi panas..hmm sodap.

ikan puput..nyaman ehh..

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...