Jumaat, 27 April 2012

Semangat berkobar-kobar

Hari Sabtu baru nih, ada dua projek telah dibuat sementelah encik suami ada kelas dari pagi hingga sore. Dengan semangat berkobar-kobar dan dengan tawakal pada Allah, maka kumulai projek dengan Bismillah, buat puding karamel dulu (sesungguhnya ku tak suka buat gula hangus – tetapi kugagahi jua tanpa encik suami di sisi..keh keh). Maka jadilah puding karamel dalam bekas dadih.
hasilnya, kecutlah pulak isinya..sedap dimakan tapi kecut..haha

cuba buat dalam bekas dadih (rasanya sesuai dalam bekas besar)
Insya-Allah lain masa akan buat dalam bekas besar. Maklumlah pertama kali buat, bila dikukus, jadi kecut sebab tak ditutup bekas dadihnya. Bila buat kali kedua, siap tutup bagai, jadi kecut pulak sebelah bawahnya..hmm. Rasa memang sesuai dibuat di bekas besar dan ditutup dengan foil. Lepas ni bolehlah buat puding karamel roti (cuma campur roti je dalamnya, nak letak biskut pun boleh).
ni hasil kali kedua..alhamdulilah sodap juga..lihatlah kuah karamelnya, menjadi jugak ..hehe

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...