Rabu, 1 Ogos 2012

hidangan sungkai semalam

Alhamdulillah selamat bersungkai semalam dengan lauk yang diidamkan sejak dua tiga hari lepas. Itulah penangan fb. Nampak lauk kat fb orang lain, terus nak mencuba (terima kasih Dne sebab beri idea). Lauk ni tak pernah ku dengar atau nampak. Teruja pulak nak buat - sambal sardin tempoyak. Menarik dan pelik kan. Tapi hakikatnya, memang sedap dan sahabat lain boleh mencuba. Rasa nak buat lagi je petang nih...hehe

sambal sardin tempoyak...sodap
Nak buat senang jer. Cari sardin jenis makarel dalam tin kecil (isinya tak besar sangat - dalam tiga ekor). Sediakan dan hiris bawang putih, bawang merah, halia dan cili padi, serta asam keping dan tempoyak. Tumis bahan hirisan, masukkan kuah sardin, gaul dan masukkan asam keping, tambah kicap dan air sikit dan masukkan isi sardin, gaul sebati dan akhir sekali masukkan dua sudu tempoyak, kacau sebati dan boleh angkat bila dah masak - senang je kan. Kalau tak nak bagi pedas, tak perlu buh cili api banyak k.

ayam masak halia dan kangkung tumis pun ado...

nasi kukus....

Pastu nak jimat kan kerak nasi, kukus nasi dalam mangkuk kaca. Bila makan nasi panas dengan sardin tempoyak, tak pandang lauk lain (makan sikit je ayam masak halia). Selamat mencuba yer...Last hidangan semalam, permintaanku untuk encik suami untuk buat bubur keladi...terima kasih bang, sodap alhamdulillah.

8 ulasan:

Aida Salleh berkata...

akak tak makan tempoyak tapi tengok gambar sardin tempoyak awak bleh pulak terliur...hehehheee...

Suhana dbp swk berkata...

hehe kak...boleh cuba resepi mudah ni..sodap pun sodap..taklah teruk sangat rasa tempoyaknya ni..memang sedap..hehe..

Ummu Madihah berkata...

Su, akak br masak sardin utk sahur td. Masukkan tempoyak memang pelik bunyinya tp nampak sedap! Insya-Allah nak dicuba nanti, ada setin lagi sardin!

Aida Salleh berkata...

sue, akak durian pun tak makan sebenarnya jadi yg ada unsur durian ni mmg tak makanlah...:-)

Suhana dbp swk berkata...

Cubalah puan..memang sodap...kuahnya lebihkan sikit...sy tulis ni pun telan air liur membayangkan..hehe

Suhana dbp swk berkata...

Tapi kak Aida boleh cuba..jgn tolak langsung..hehe...sedap...

Ummu Madihah berkata...

rugilah org tu yg x makan durian!! nikmat dunia. menantu akak pun x makan ikan, pun tinggal nikmat dunia!! akak belasah semua asal halal, tolak batu ngan kayu, he he!!

Suhana dbp swk berkata...

hehe..betul2 tu puan...setakat ni semua benda boleh makan..alhmdlh..

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...