Isnin, 13 Ogos 2012

Misi kuih...

Rasanya pertama kali pada tahun ni kuteruja untuk membuat kuih-muih yang pelbagai (bahan-bahan dah beli, kalau tak buat, kang ada peluru berpandu menerjah..hehe). Mula hari tu, ada buat biskut Arab dan cornflakes. Kemudian, Sabtu baru nih cuba buat semperit dan biskut Arab lagi (permintaan rakan). Rupanya tak cukup apa yang diminta, nak dua bekas balang biskut Arab dipintanya. Semoga Allah memberi kekuatan untukku buat malam nih.

alhamdulillah, elok saja kejadiannya...memekar setaman..
Sebelum membuat kuih semperit, sempat ku buat apam mekar (rindu nak buat sebab dah lama tak buat). Alhamdulillah menjadi, bolehlah kubawa ke rumah mak bapak angkatku di Kg Mang untuk bersungkai.

semperit ori...senget-benget, maklumlah kali pertama buat..hehe
Biskut semperit ni kubuat dua versi (dua resepi berlainan). Satu berwarna dan satu lagi yang original. Lama juga buat sebab guna satu adunan sekali masuk oven. Tetapi puas buat, sebab kita tahu kurang lebih bahan atau cara nak membuatnya (sekurang-kurangnya ada pengalaman).

biskut Arab daa...selesai bakaran akhir..hehe
Pada masa menunggu kuih semperit dibakar, kusempat buat adunan biskut arab dan sempat menggentelnya. Dapatlah satu bekas. Akhirnya semua kuih dapat disiapkan sepenuhnya pada pukul lima petang. Lepas mandi dan bersiap, kami balik ke Kg Mang berserta encik suami dan dua orang temannya untuk bersungkai. Walaupun hidangan ringkas, tetapi sedap dengan masakan kampungnya (yang penting mak yang masak) - midin- ikan puput, udang goreng dan pucuk bandung (ubi kayu) - alhamdulillah. 

encik suami, bapak dan teman-teman...baru balik dari masjid..layan makan buah dan kuih..

Pada tahun ini berazam untuk bersederhana dalam berbelanja untuk raya. Perlu berhemah dan berjimat (maklumlah nak tunggu gaji bulan sembilan lambat lagi, gaji bulan lapan awal dapat)...insya-Allah semoga dipermudahkan oleh Allah SWT.

6 ulasan:

Aida Salleh berkata...

cantiknya biskut awab warna warni tu dik.

Suhana dbp swk berkata...

kak, saya beri pewarna- 3 warna, merah, hijau, kuning...hehe
gentel panjang satu2 warna tuh, satukan pastu gentel jadi satu, gunting sama saiz, gentel bulat-penyetkan sikit, pastu bakar...dah sejuk baru tabur gula halus...hehe

Ummu Madihah berkata...

berkenan apam mekar, memang semekar-mekarnya!!

shima berkata...

oh nyaman nya midin

Suhana dbp swk berkata...

Puan Shima, saya dah dapat rentak nak buat mekar semekarnya ni..alhamdulillah...hehe

Suhana dbp swk berkata...

Kak Shima: betul..memang sodap...

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...