Khamis, 8 September 2016

nenas dan kasturi...

Assalamualaikum dunia...
 
Kabare sahabatku semua. Sebelum nak balik kampung hari ni, meh kite sambung cite. Gambo bawah ni gambo buah nanas yang telah ku kupas dan makan - manis. Ni jenis nenas Sarawak yang beratnya sekilo lebih, beli kat Pasar Duyoh dekat-dekat Serikin nun. Bukan nak cerita pasal berat nenas sangat, tetapi kemalasan bila nak kopek nenas..haha. Lagi-lagi nak buat macam tuh, celoreng dan lorek-lorek. Nasib baik aku yang beli, tu yang kena kerjakan juga nenas ni cantik-cantik. Encik suami yang ajar buat lorek-lorek bagai. Kalau dia buat lagi halus. Aku? Buat yang termampu, janji terbuang mata tajam kat nenas itu..kens. Hehe...


~~ Yang bawah ni pulak gambo buah limau kasturi. Hasil dari pokok yang ditanam di belakang rumah. Alhamdulillah, tak pernah tak berbuah lebat. Lagi lebat kalau ada banyak lagi sarang kerengga (menyumbang kepada kesuburan pokok, rasanya). Dah masuk tahun kelima rasanya pokok limau ni banyak mengeluarkan buahnya. Alhamdulillah. Begitu juga dengan pokok limau purut yang berada di belakang pokok limau kasturi. Sejak setahun dua nih memang lebat berbuah, kadang-kadang jatuh sendiri dan tak tahu nak buat apa. Kalau limau kasturi ni dapatlah bagi pada kat kengkawan dan kak yam (toke kantin)...hehe. Sekarang nih, tunggu lama sikit, baru petik buah limau kasturi - banyak jusnya.


~~ Ok itu jer nak cerita pada pagi Jumaat yang penuh barokah ini. Hari ini balik kampung - turun epot Senai. Lepas raya haji pertama, baru balik Kuantan sat. Tahun lepas, abah pergi haji, tahun ni, adik abah yang bongsu dan suaminya dijemput ke bumi Suci Mekah-Madinah...Alhamdulillah. Selamat Hari Raya Korban buat semua sahabatku. Semoga semua muslimin dan muslimat yang dapat mengrjakan haji dan umrah pada tahun ini, dipermudahkan segala urusan ibadat haji dan mendapat haji yang mabrur. Aamin. Dan semoga giliran buat kita pulak tahun hadapan. Aamin.

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...