Khamis, 25 Ogos 2016

cerita tentang makanan

Meh kita sambung cerita tentang makanan ek (kebanyakannya makan di kedai ler - jangan kecam saya, kak Monie...hehe). Asyik tertangguh jer aka mallass. hehe... Terletak gambo makanan banyak dalam satu frame, susah pulak nak cerita. Gambo nombor 1 dan 2 sebelah kiri tu ayam kenny rogers - kurang best sekarang sebab meniadakan hidangan peberetku, jagung wey. Mengapa, mengapa ditiadakan? Jadinya, kemungkinan nak makan kat situ lagi agak tipis harapannya ek. Unsur jagung sikit pun takdok. Sedih. Haha..kecewa sikit jer.

~~ Gambo nombor 3 sebelah kiri tu pulak, Sup mihun wantan (Taman Sukma, Samariang). Boleh makan dengan suun dan mi besar. Apa yang istimewanya ialah wantannya inti ayam. Sekali-sekala makan oklah kot sebab rasa lada sulahnya kuat dan agak pedas. Pedas lada sulah, hangatnya lain berbanding pedas cili api. Tapi bila makan, sedap ditambah dengan sambal kicap..kenss..hehe.

~~ Gambo nombor 1 dan 2 sebelah kanan, ikan siakap bakar PETAI (Tg. Lumpur, Kuantan)..hehe. Yang ini ku suka. Namun, mengapa petainya dipotong kecik-kecik? Syukurlah ada petai kens. Rejeki jangan ditolak. Cuba tengok sambal cicahnya. Memang kaya dengan potongan cili hijau yang mantap..berapi, berasap hidung dan telinga. Gambo nombor 3 tu burger daging kot, tak hengat beli kat mana. Jadik, takde cerita tentang burger itu...sowi.

~~ Gambo kat frame bawah nih, satu cerita lengkap. Sokong perniagaan kengkawan - Belanga Emas (Stimbot). Restoran stimbot ni baru dibuka (dalam 4-6 bulan) di Bandar Sri Putra, Bangi oleh Kak Ita dan keluarganya. Kenal Kak Ita ni melalui IG jer, seorang yang hebat dan rajin (kagum jugak sebab anak ramai). Hebat dalam buat kek lapis (lama duk Miri sebelum nih) dan sekarang buka restoran nih. Dah cuba makan di sini, ok boleh tahan, pelbagai aksesori stimbot dan makanan sampingan lain yang sedap. Kalau bayar di kaunter, jangan lupa pandang belanga tembaga (macam emas) ye. Cantik dan menarik, sesuai dengan nama restorannya - Belanga Emas. Harga satu kapala, RM25.00 untuk sup dan bakar. Kalau nak makan ala supnya sahaja, harganya dalam RM18.00. Balik baru nih, lupa pulak nak singgah. Lain masa, kami singgah lagi ye kak Ita.

~~ Gambo kiri tu bebola ayam spageti kat pizza hut. Sedap dan terangkat sebab taburan cisnya banyak kot. Memang berasa sangat cisnya dan sedap. Kadang tak semua tempat, sama persembahannya. Nasib-nasiblah kalau dapat hidangan yang sedap atau kurang sedap. Gambo sebelah kanannya pulak tuh, takoyaki sotong namanya. Ada buh topping mayonis atau cis. Kalau makan di gerai di Baitulmal, hanya dua pilihan jer untuk toppingnya. Tapi kalau makan di gerai dalam Giant Samariang dah banyak pilihan, oklah tuh. Takoyaki menjadi hidangan pilihan hujung minggu kalau rasa nak makan (lepas balik dari Serikin, terutamanya). Tu jer nak cite. Hehe. Eh, satu lagi, ada lagi, gambo yang bawah sekali tuh, ceteka, ceteka...hehe. Kepok leko namanya. Itu hasil olahan encik suamilah - kreatif dan inovatif, sangatt!! Hasilnya sebegitu rupa sebab simpan lama kat sejuk beku, bila keluarkan kena tunggu lama sikit nak bagi lembut, baru potong-potong dan goreng. Nak sedap lagi, kata encik suami, buh lada sulah. Hok aloh, layankan aje. Nasib baik sodap. Haha...

~~ Gambo bawah pulak ni macam pais. Tetapi kat sini dipanggil pais lemantak (tepung sagu) yang dibubuh udang (dijual di Kg. Buntal, Santubong). Tepung sagu yang diadun dengan kelapa parut dan dicampurkan dengan udang sederhana (dibuang kulit), buh dalam daun kelapak, pastu kita panggang sama dia. Sedap dimakan panas-panas, lemak dan kenyal-kenyal gitu. Tak rugi untuk mencuba makan. Pais lemantak ni asal dari Mukah (kawasan banyak tanam pokok sagu) dan kawasan sekitarnya. Kat kawasan Kuching, Santubong dah banyak dijual, mudah dapat dan dimakan.

~~ Gambo bawah ni pulak gambo sebesen karangan udang kara (lobster) dan ketam yang dimasak lemak cili padi. Sejak dapat udang kara atau ketam dari keluarga besan mak nih (di Santubong), tak pernah nak goreng. Ntahlah, rasa mudah bila dimasak lemak pedas kot. Hehe...Lain kali nak cuba digoreng pulak. Syukur dengan rezeki yang diperoleh-pemberian mereka. Tak perlu membeli. dapat yang kecik-kecik pun ok, dapat juga merasa udang kara yang sememangnya lara!

~~ Sama juga gambo bawah nih, besan mak yang tolong masakkan. Telur belangkas. Nak harap aku masak, hmm idoklah. Dah berapa kurun tak makan telur tembakul nih. Kata encik suami, makan telurnya sahaja ye macam kita makan telur penyu sebab belangkas dan penyu ialah binatang dua alam - yang duduk di darat dan dia air jugak. Tawakkal je makan sebab dari segi hukum, banyak juga pendapat jika nak makan belangkas. Iyelah ditambah pula apabila belangkas dipotong-potong dan dimasak dengan telurnya sekali. Ku makan telurnya je, sedap dan lemak. Kubedal sorang sebab encik suami tak nak makan. Ampunkan dosa hamba-Mu ini Ya Allah sekiranya aku berdosa dengan memakan telur belangkas nih (sekiranya diragui dan jatuh haram memakannya). Tapi hati ini yakin dibolehkan makan telurnya sahaja.

~~ Alamak aii. Banyak lagi nak cerita rupanya tentang makanan jer. 1001 macam cerita. Pengsan jap. Haha.. Gambo bawah ni sup udang segar namanya. tempat yang sedap nak makan nih, kat Telaga Air (40 minit nak ke tempat nih dari Matang). Kalau ada stok udang segar, minta toke kedai masak macam nih on de dot. Buh serai dan bawang, bahan lain tak pasti, masak segar. Nak lagi sedap tak perlu buang misai udang (haha..gurau je, toke kedai cakap nak cepat masak, tak sempat nak pikir nak buang misai bagai). Makan nih, tak hengat yang lain. Mak mertua lalu pun, hanya say hai jer..haha.

~~ Gambo ni pulak, sepotong kek cinta! Haha. Bikin gempak jer. Encik suami teringin nak makan kek red velevet nih masa tunggu hidangan lain sampai (nak tunggu isteri masak kek, mereputlah jawabnya-kemalasan melanda). Jadiklah makan sepotong ye bang!

~~ Yang ni semangkuk mee kari kebaabom. Tak sangka mangkuk besar rupanya sepadan dengan harganya (SR) dan yang bawah tu chicken chop chop dan salad best. Alhamdulillah sedap dan berbaloi dengan harganya. Sebelum nih, ada gak nampak Diana dan anak-anaknya makan dalam mangkuk besar kat SR nih. Macam tak percaya, betul ke dihidang dalam mangkuk besar, sebabnya pernah makan di SR di epot Penang, makan spageti rasanya, kok dihidang dalam pinggan kecik. Sebab tu tak sio nak makan di SR lagi. Tapi baru ni dapat makan dalam mangkuk dan pinggan besar, jadik peberet pulak, boleh makan lagi (masa terima gaji lebih baik dan lebih banyak pilihan...haha) lepas nih. Terima kasih encik suami yang belanja makan kali nih sebab bede I. Terima kasih bang!


~~ Gambo bawah ni gambo pau inti kelapa yang sangat sedap (hijau). Cukup rasa manis dan lemaknya. Memang terbaik. Setakat nih takde jumpa kat mana-mana lagi (tak nampak lagi). Hanya ada dijual kat hentian rehat dan rawat kat area Lanchang dan Temerloh jer. Kalau singgah (atau paksa encik suami singgah), mesti borong banyak-banyak. Letak kat sejuk beku, nak makan, gi kukus sana. Makan panas-panas, hmm sedap. Kilang pau ni ada kat Taman Perindustrian Ehsan Jaya, KL jer, tapi kok tak jumpa lagi di sekitar KL. Pau Manis Bestmas (ada gambo wau bule).

~~ Mesti letih nak baca kans? Apatah lagi nak mencoretnya. haha. Bertabahlah ek. Gambo bawah ni hidangan nasi Arab. Nasi Maghlubah Ayam atau Kambiang dari Restoran kat BBBangi. Kerap juga makan kat sini sebab nasinya sedap dan dapat diskaun singgit dua hinggit sebab encik suami speaking Arablah sama itu toke kedai...hehe. Tapi kadang tak lepas pandang dalam menu depa sebab tulis 'Maklupa chicken' yang sepatutnya Maghlubah Chicken. hehe..layankan aja. Mak lupa nak! Hehe...

~~ Gambo bawah ni hidangan spesel oleh MAS. Tak pernah-pernah dapat makan dan dihidangkan dalam ruangan business kelas (ditanya nak makan apa, baru dihidang penuh). Rezeki Allah nak bagi, dinaik taraf kelas penerbangan ekonomi ke business (dari Kuching ke KL-guna waran). Alhamdulillah. Mulanya risau gak sebab dipanggil nama kat kaunter sebelum nak masuk kapal. Puan, Puan Siti Suhana ker? Ye kenapa (hati dup dap-dup dap takut ada buat salah). Oh, puan 'diupgrade' kelas ekonomi ke business ye puan sebab kelas ekonomi penuh. Alhamdulillah berkat dapat masa penerbangan awal pagi, 5.30  pagi (penerbangan memang penuh sebab atlet SUKMA yang berkampung di Sarawak nak balik KL). Tak sama waktu penerbangan dengan encik suami sebab penerbangan penuh. Tunggu sejam kat KLIA, baru encik abang sampai pulak. Itu je kisahnya. Sekian!

~~ Yang ni pulak semangkuk babat yang enak. Haha.. Sup mihun babat (perut) namanya. Jadik peberet sebenanya. Ada dijual di Restoran Aroma Desa - gaya Indonesia kat Matang (jauh nak pergi dari rumah). Makan sekali dua ok kot sebab bila tengok harganya, rupanya RM9++. Mangkuk kecik jer. Walaupun sedap, nampaknya kena makan jarang-jarang jer. Hehe...

~~ Ini pulak semangkuk lontong spesel. Bukan senang nak jumpa kat Sarawak nih. Nama restoran, Penang Bistro, tapi ada masakan Johor seperti lontong (sebelah pagi je). Kebanyakan makanan lain  yang dijual juga menepati selera semenanjung (tokenya tak silaplah, orang semenanjung jugak). Makanan 'killer' yang lain seperti ayam goreng berempah dan ikan keli goreng. Memang terbaik! Tapi sayangnya restoran hanya dibuka pada hari biasa jer. hari Sabtu Ahad tak buka ye. Hmm..susah nak pergi pada hari biasa sebab jauh dari pejabat. Kalau dari rumah kami, memanglah dekat sangat. Dapat makan lontong dan lain-lain sekiranya ada urusan kerja di sekitar Samarahan je.. Hehe..

~~ Yang ni pula. semangkuk aiskrim cinta (jangan muntah ye..haha) jenama tutt BR. Mahal pun mahallah sebab teringin nak rasa. Makan berdua lebih baik. Sangat!! Kalau tak cukup, leh tambah duit beli lain...hehe. nasib baik cukup. Alhamdulillah.

~~ Yang ini jangan cakap. memang peberet sebab ada topping jagung. Buah mata kucing tu ada sekali sebab perlu ada dua unsur topping yang boleh dipilih. Ambik jelah, janji ada jagung jugak. Aiskrimnya pun halus dan lembut - Aiskrim Gula Apung (gula merah) namanya. Memang sedap dan menyegarkan. Tapi cukup semangkuk sorang sebab manis. Awas ye. Jaga kesihatan gak.

~~ Yang ni pulak, sepinggan ayam lengkap Nando's. Kat Sarawak ni rasanya hanya satu tempat je ada - Viva City. Kalau rasa nak makan kat sini, kena pergi awal (siang hari) sebab sentiasa penuh. Perlu beratur dan menunggu pulak nak duduk makan. Aduhai, penangan Nando's. Apa yang menarik untuk kami makan ialah sosnya dan hidangan kentangnya yang segar dan besar saiznya - terbaik. Rasa ayam panggangnya, oklah dan hidangan sampingan kekacang je sebab takde pilihan (dah habis). Kalau ada unsur jagung lagi mantap, kens..hehe. tak habis-habis jagung ek. Maklumlah hantu jagung!

~~~ Yeayy..ni cerita yang akhir untuk entri nih. Pengsan jap. Haha...Hidangan hebat walaupun guna bahan yang mudah - hirisan timun dan epal dengan ayam tempura goreng (nuget) cicah sos cili. Ini kerjain encik suami. Kreatif. Makanan tak sedap boleh jadi sedap kans. Yang penting, hiasan dan deko win..haha. Oklah kens...hehe.

Baiklah sahabat semua. Cukuplah cerita untuk entri ini - memakan masa 2-3 jam..haha. Lepas nih, kena letak hidangan makanan yang terhad untuk satu entri ye.  Lagi-lagi makanan luar, bukan masak sendirik puns. I sedar diri sebab tahap kemalasan untuk memasak ke, membaking ke..memang merudum. Pasni. mudah-mudahan rajin mendatang semula.

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...