Jumaat, 26 Ogos 2016

Pelbagai Program

Kita sambung cerita ye. Tarik nafas, tahan dan hembus.Kita cerita sikit-sikit tentang kerja ye. Kalau bosan, berhenti baca. Hehe...Gambar bawah ni semasa majlis perpisahan Encik Abang Haliman Abang Julai atas kenaikan pangkat dan menjadi pengarah di DBP Wilayah Selatan - Johor dan mula bertugas sebelum Hari Raya hari tuh. Tahniah diucapkan. Hanya dapat bergambar dengan bingkai gambar beliau jer..haha..jadiklah.

~~ Seperti tahun-tahun sebelumnya. Dah masuk enam tahun mengendalikan Forum Pelajar (Sekolah Persendirian Cina) kat Sarawak nih. Alhamdulillah pada kali ni telah berjaya dilaksanakan di DBP Cawangan Sarawak dengan kerjasama semua AJK. Terima kasih semua. Johan disandang oleh Sekolah Menengah Jalan Riam, Miri dan mewakili negeri Sarawak ke peringkat kebangsaan pada bulan Ogos (namun gagal meraih tempat teratas pada tahun ini).  
~~ Semangat semua pasukan yang bertanding perlu dipuji kerana mereka bersungguh-sungguh dalam mempamerkan persembahan. Apatah lagi dinobatkan sebagai johan, memang membanggakan sekolah mereka. Tempat kedua dan ketiga pun mereka bangga juga, asalkan dapat nombor teratas. Ada juga sekolah yang tahu takkan menang tetapi tetap bersemangat untuk menghantar pasukan mereka (sehinggakan nak ambil hadiah sagu hati kat pentas pun meminta agar tidak dipanggil sebagai pasukan pertama naik ke pentas - dianggap aib bagi mereka). Apa pun, semoga diri ini diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk terus ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas yang diberi. Aamin...

~~ Gambo banyak warna purple kat bawah ni pulak semasa berlangsungnya Pertandingan Sahibba Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Negeri Sarawak dan juga Pertandingan Deklamasi Puisi Sekolah Menengah (Jemputan). Pada tahun ni, alhamdulillah dapat bekerjasama dengan SMK Agama Tun Ahmad Zaidi (TUNAZ), Kuching dan buat di sekolah mereka. Kedua-dua pertandingan ini hanya dapat dijalankan secara jemputan sahaja dan memilih peserta di bahagian Kuching disebabkan faktor kos yang minimum. Apatah lagi kos kapal terbang peserta sahibba dan puisi ke KL pulak ditanggung sendiri pada tahun ini.
~~ Apatah lagi faktor juri sahibba yang terhad dalam kalangan staf DBP sendiri. Alhamdulillah, selain aku, ada juga kawan-kawan lain yang hebat dan sama-sama belajar dan bekerjasama untuk mengendalikan pertandingan sahibba ini. Diakui bahawa masa dan komitmen jadi kekangan. Ada juga usaha untuk melantik dan melatih kalangan guru sebagai juri, namun masa mereka juga terhad. Sebagai langkah selamat, aku memang suka untuk mengendalikan dan sentiasa belajar tentang sahibba bersama-sama kawan-kawan sekerja - semua peringkat kulibatkan. Jika dapat pindah nanti, dapatlah mereka ambil alih menguruskan pertandingan ini pula.
~~ Untuk pertandingan deklamasi puisi, ku tak risau sangat sebab ada pegawai lain yang dapat membantu menguruskan pertandingan, cuma pada peringkat urus setia, ku dan ajk lain perlu bertungkus-lumus uruskan dari awal.
~~ Pada peringkat kebangsaan, komitmen wakil pemenang dari Sarawak ke DBP, KL memang tinggi. Sekolah masing-masing telah menaja kos penerbangan mereka. Mereka bertanding pada 25 Ogos 2016 (berkebetulan hari lahirku). Sampai di sana, pihak urus setia DBP, KL yang ambil alih menguruskan mereka, alhamdulillah. Namun, pada tahun ini, Allah SWT tidak izinkan aku pergi menemani mereka untuk bertanding. Hanya doa kemenangan ku pohon buat mereka. Syukur ada guru pengiring yang berpengalaman dan pernah menghantar peserta sebelum ini. Mudah bagi mereka untuk berdikari di sana. Alhamdulillah. Walaupun tak meraih kemenangan di tempat teratas, usaha dan pengalaman yang mereka dapat amat berharga. Tahniah buat mereka dan juga komitmen guru pengiring yang hebat.

semua staf kulibatkan termasuk Lily Joo..
hehe sian dia tengah sarat bawak perut...

antara orang kuat juri sahibba...terima kasih sahabat

orang kuat TUNAZ..terima kasih Rafida dan Zakiah...

kakak kesayangan...haha sangat..
rajin layan karenahku untuk tugasan yang pelbagai..

~~ Bergambar kenang-kenangan bersama-sama para pemenang dan Tetamu Kehormat.



~~ Yang ni cerita lain pulak ye. Menghadiri jamuan raya di Bahagian Penyelidikan di DBP, KL (tempat bertugasku yang lama - tempat jatuh lagi dikenang), kira menyibuk jugaklah kat majlis jamuan orang..haha..sori kak Monie. Masa ni juga berpeluang berjumpa dengan sahabat-sahabat lama di DBP. Alhamdulillah. Ajak sekali encik suami, dapatlah bertemu dengan Tuan Haji Hamdan - sifu Jawi dan sahabat yang lain.

dengan sahabatku Fatin...tema purple..hehe

bersama dengan kak Sal-syukur dapat jumpa
Dah berpencen awal rupanya kak ku sorang nih..
~~ Selepas pergi majlis jamuan raya, keesokan hari pulak bertugas membantu Kak Huznah Sait mengendalikan Pertandingan Forum Pelajar peringkat kebangsaan (melibatkan pertandingan enam zon). Syukur sebab dapat membantu Kak Huznah selain bertindak sebagai pegawai pengiring untuk peserta wakil Sarawak (SM Jalan Riam, Miri). Pertandingan ni ialah salah satu program yang dijalankan dengan program lain dalam Festival Bahasa dan Sastera Pelbagai Kaum. Tahniah buat semua peserta yang bertanding atas usaha dan semangat yang dipamerkan. 
tempat bertugas...

menjaga masa dan hakim

majlis penyampaian hadiah/penutupan
~~ Program yang lain pulak. Menjadi hakim untuk pertandingan pidato kanak-kanak Tadika untuk Hari Potensi (Kemas) 2016 di Kompleks Belia dan Sukan, Kuching. Dah empat tahun tak jadi hakim nih, sebelum ni adalah juga. Seronok dapat kenal dengan juri lain - Leela dan Loola (haha...lupa nama sebab dekat sama nama-kok lupa). Leela ni ceria orangnya, satu UiTM dengan encik suami. Leela berketurunan Iban-India, menarik kan! Tengoklah senyuman beliau-menggambarkan keceriaan berganda. Melihat bakat anak-anak kecil mengetengahkan persembahan yang hebat. Tahniah diucapkan. Tahun depan lantiklah kami lagi ye.



Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...