Khamis, 25 Ogos 2016

sahabat sejati

Rasanya dah dua tahun lebih tak jumpa kawan aku nih. Taklah jauh mana duduk (kalau aku duduk BM lah). Norisam (Sam) kawan aku ni duk kan Senawang tu je ha. Orang Ganu, bila duk N9, keluar juga slang N9..hehe...caiyuk-caiyuk. Sam antara sahabat sejatiku yang hado. Ada juga sahabat yang lain (nanti kita cerita kat entri lain ek). Sayang semuanya...

~~ Kenal Sam masa belajar kat UKM lagi tuh. Susah senang bersama-sama. Aku takde kelas, dia pinjam moto aku gi kelas (apatah lagi kalau lambat bangun..haha). Masa majlis nikah kawin dia, aku ada pergi (kali kedua ke rumah mereka). Kali pertama pergi rumah mak abahnya kat Setiu tuh, naik motor je dari Kuala Berang ke Setiu- singgah Tasik Kenyir jap- pastu baru ke rumah mereka. Ada buat kajian tembaga di bawah kelolaan Prof. Dr. Nor Hashimah Jalaludin (dah lama dah, rasanya pada tahun 2000).

~~ Syukur alhamdulillah sebab dapat jumpa Sam baru-baru ni. Seronok sangat, tapi tak boleh lama sebab Sam perlu ambik anaknya dari sekolah.Walaupun sekejap, dapat lepaskan rindu dendam.. cewah. Panjang usia, murah rezeki, kita jumpa lagi akan datang.

dengan anak bongsu Sam

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...