Jumaat, 11 Mei 2012

Apam 3D...

Wah wah macam menarik je tajuknya. Teruja bila sebut nama apam jer..hehe. Baru-baru ni ada baca satu majalah wanita. Ada pulak ruangan cara-cara nak buat apam 3D. Menarik juga nih, cara lebih kurang sama, namun kekreatifan yang memberi resepi, membuatkan hasil apam tersebut menarik. Menarik sebab berbentuk 3D - tiga dimensi.

hampir serupa dalam majalah tetapi memerlukan ketelitian lebih...hehe
 
bentuk kumbang dan bunga - sesuwaaiii...

Bentuk 3D ni memerlukan proses kukus apam sebanyak dua kali. Memula, kukus apam kosong tanpa sebarang corak dalam amsa 10 minit. Pastu keluarkan (pada masa yang sama boleh masukkan adunan lain untuk dikukus pula). Apam yang telah kita keluarkan tuh, kemudiannya kita corakkan mengikut kreativiti kita dengan adunan yang sama. Dah siap hias, barulah kukus semula untuk bagi masak sempurna. Jom lihat cara dan hasilnya.


kukus dulu adunan asas...

dah siap kukus dalam masa 10 minit, keluarkan dan mula menghias..adunan putih dulu..

pastu kaler coklat- hitam susah nak cari...


tambah warna hijau dan pelbagaikan warna pun boleh...

bentuk kumbang...


dah siap menghias, silalah kukus sekali lagi dalam masa 10 minit..


inilah hasilnya..dah siap dah...jom mencuba...


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Fuiyooo canggih..

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...