Selasa, 8 Mei 2012

satu perjalanan....

Tiket penerbangan kali ni dah dibeli tahun lepas lagi. Kononnya nak transit dari Kuching ke Penang, pastu dari Penang ke Langkawi - kira pertama kali nih. Perjalanan pergi berjalan lancar bersama encik suami sekali - alhamdulillah. Tapi sayangnya bila mendarat di Lapangan Terbang Bayan Lepas, terminal dalam proses menambah baik, jadi pemandangan sekitar adalah terhad. Turun kapal pun kena menapak jauh untuk masuk ke terminal. Lagi-lagi kalau cuaca panas atau hujan, sabar jelah ek. Elok kami ambil bagasi jer, terus bawa untuk daftar masuk ke destinasi seterusnya, Langkawi. Pastu kami rehat sekejap dan makan serta meneruskan penerbangan ke Langkawi.
terminal tengah dibaik pulih...
tak lama lagi siaplah nih..
jauh menapak nak ke terminal..
Dek kerana encik suami perlu berkursus induksi di Teronoh, Perak, maka beliau perlu balik awal ke KL dan menaiki bas dari UiTM, Shah Alam ke tempat berkursus. Kursus selama 10 hari. Apa?? 10 hari!! Masakklah ku sorang balik ke Kuching nanti. Sabar ye Suhana, bukan lama pun (tika entri ni ditulis, rasa dah lama benar encik suami berkursus..hehe). Siap demam lagi (dapat cuti sakit sehari).
sampai je, cari laksa..makan dan makan..nyum nyum

pembasah tekak...jom pekena cendoi..
Keadaan mencabarnya pulak bila ku perlu balik berseorangan dari Langkawi ke Penang, 1 Mei pukul 2.30 petang (ni ok lagi), dan dari Penang ke Kuching semula pada esok paginya (2 Mei), 7.05 pagi penerbanganku. Ah sudah. Takkan ku nak tido dan bermalam di terminal Bayan Lepas sorang-sorang. Atas cadangan adikku, ku menghubungi adik kepada rakanku yang berkebetulan diam tak jauh dari lapangan terbang – alhamdulillah. Maka ku menumpang rumahnya sebelum berangkat esok paginya – terima kasih Khaidir, Liza dan Dayah.

selamat tinggal Langkawi..panjang umur, murah rezeki, ku kan datang lagi..insya-Allah.

pemandangan dari tingkat 11- kawasan perindustrian Bayan Lepas, dekat dengan lapangan terbang...

hari hampir senja...

Panjang pulak celotehku ini yer kali nih dek jiwa kacau encik suami jauh di mata..hehe. Harap tak jemu membacanya. Itu je nak cerita. Lepas ni memang kalau boleh takmo ambik penerbangan ke Penang kalau nak ke Langkawi. Baik kubeli terus ke LCCT barulah ke Langkawi. Kalau apa-apa berlaku, boleh duduk di rumah sendiri. Apa pun pengalaman yang dilalui ini sungguh berharga. Terima kasih Ya Allah.
p/s: gambar tak banyak dirakam sebab tak banyak berjalan-jalan dan mood ke laut untuk merakam gambo..hehe...

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...