Jumaat, 11 Mei 2012

nasi berkukus...


hasil nasi kukus...
Tak pernah rasanya kubuat nasi dikukus. Tetapi bila baca blog seorang teman, rasa nak cuba pulak buat. Maklumlah biasa masak guna periuk biasa dan menggunakan dapur gas. Kalau ramai penghuni dalam satu rumah, bolehlah guna periuk nasi elektrik. Ni dah duk sorang, rasa nak cuba masak beras secara kukus, jimat dan tidak berkerak. Mula-mula basuh beras, kemudian masukkan ke dalam mangkuk kaca ke apa, masukkan air separas dan kemudian boleh kukus dalam masa 10-15 minit (tetapi macam kurang masak, lalu kutambah lagi air - agaknya kena letak air melebihi paras beras atau bergantung pada kualiti dan jenis beras). Hmm..hasilnya sedap juga nasi kukus nih. Lain kali boleh buat lagi.
buat dalam tiga mangkuk kecil..satu lagi tu telur putih, lebihan buat kek gulung, maka ku kukus juga..hehe

macam makanan Jepun pulak ekk..nasi dan telur putih kukus...

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...