Khamis, 17 Mei 2012

kek sarang semut...

Kek ni banyak nama orang beri. Yang paling aku tahu, kek gula hangus atau kek sarang semut jer. Hasilnya bersarang dan serupa sarang semut, sebab tulah dipanggil kek sarang semut. Bahan utama untuk buat kek ni tentunya gula hangus kanss. Hmm sebenarnya nak buat gula hangus nih bukannya den suke. Tapi nak buat macam mana, nak cuba juga buat kek nih, kugagahi jua membuatnya. Tapi bila dah dua-tiga kali buat gula hangus ni, best pulak rasanya sebab kita dapat memperbaiki apa yang kurang.


rupa tiada, rasa ada..hehe
Kek ni boleh dibuat secara kukus atau bakar. Macam biasalah, ku lebih suka mengukusnya. Ada adunan yang tak perlu diperap dan terus kukus atau bakar. Macam kupulak lebih suka mencuba untuk memerap adunan selama 3-4 jam (konon kuberharap agar kek akan bersarang dengan cantik ler). Hmm.. nak mula buat adunan memerlukan masa, bila dah siap buat, perlu di perap dulu. Pastu baru boleh dikukus selama satu jam. Resepi boleh tengok kat laman sesawang, berlambak cara dan teknik. Apa yang penting, ada daya usaha nak mencuba buat...hehe.
kita perap adunan selama tiga jam yer tuan puan..siap lenser tepi loyang..takut kembang tinggi..hehe

bila dah siap kukus, idoklah naik tinggi mana...

setelah dikeluarkan dari loyang...

bila dipotong-potong, inilah hasilnya..

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...