Isnin, 19 September 2011

kerabu epal 2...

Alhamdulilllah, dapatlah buat kerabu epal sekali lagi (terima kasih cik Ct Azlina yang sudi bagi resepi mudah dan akan ingat sampai bila-bila). Encik suami kata buat sebiji je dah cukup (biasanya apa yang dia cakap, selalunya betul). Makanya, buatlah sebijik jer-memang cukup makan berdua.
    Kiranya pada kali ni memang dah terer lah sebab mudah je kan nak buat..cewah..kebetulan semua bahan ada termasuk daun sup. Sagat buah epal, perah lemon secukupnya (ganti sos ikan), masukkan bawang besar  dan cili sikit, masukkan hirisan daun sup. Pastu goreng bilis dan kacang tanah (stok dah ada), dan tabur jelah-gaul semuanya hingga sebati. Dah siap!

mantap de..jika lebih lemon, akan tersedak bila makan...makanya seimbangkan perahan lemon tu yer...

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...