Jumaat, 16 September 2011

Rayer 2011...

Asyik cerita tentang hal lain jer. Kali ni cerita sikit tentang raya keluarga kami. Kami cuti dalam masa seminggu lebih sikit. Balik beraya melalui Kuching-KLIA, duduk semalam di rumah kami waktu tiba dan semalam lagi waktu nak pulang. Alhamdulillah, dapatlah kami beraya di dua tempat dengan pembahagian waktu yang amat terhad. Giliran raya baru nih, kena di tempatku dahulu - Batu Pahat pastu Beserah. Perjalanan dari ke Batu Pahat ke Kuantan, memang kami suka melalui jalan Segamat (jalan lain mungkin boleh, cuma kami tak pernah cuba). Biasanya kami akan singgah di rumah Mak Su/Ayah Su di Muazam untuk beraya. Itu sahaja peluang ke rumah mereka apabila melalui jalan tersebut. Pastu barulah meneruskan perjalanan. 
   Kami juga berpeluang pergi ke rumah baru Angah (sepupu encik suami) di Damansara, Kuantan - dapat bertemu saudara mara dengan peluang doa selamat dan sedikit jamuan yang dibuat. Ketika entri ini ditulis, ayah kepada Angah baru sahaja kembali ke Rahmatullah pada hari Selasa, 13 Sept. 2011 (15 Ramadan 1432). Kami sempat bertemu arwah dalam majlis doa selamat rumah baru Angah baru ni. Kami berdua minta maaf kepada keluarga Mak Ngah sebab tak dapat berziarah. Semoga arwah ditempatkan dalam golongan orang yang beriman...al-Fatihah.Yang pergi tetap pergi, cuma kita tak tahu masa bila akan dijemput Allah. Semoga amalan kita diterima oleh Allah dan tetap berada dalam peliharaan-Nya...amin..


Jom kita tengok wajah-wajah keluargaku semasa Hari Raya. Ni gambar anak buahku sorang.



Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...