Selasa, 27 September 2011

ketupat sumpit...

Kesian kak Monie, tunggu cerita tentang entri nih. Meh saya cerita. Mesti teruja kan bila nampak gambar nih. Macam kelopak bunga tapi bukan! Kelopak ala bunga ni dipanggil kobong (sarung ketupat). Ni pandangan dari atas dan nampaklah bahagian sebelah dalamnya. Gambar yang ketiga dan seterusnya, baru nampak jelas - bentuk panjang. Uniknya ketupat ni dianyam panjang menggunakan daun pokok nipah.
    Menurut mak angkat, kalau beli di pasar, satu kelongsong panjang, dijual dengan harga RM1 dan kalau telah siap dimasak, dijual dengan harga RM2..hhmmm tak banyak beza regenya (bukan senang nak anyam benda nih). 
      Memang berbaloi kalau beli ketupat sumpit nih sebab agak besar dan panjang. Macam mana cara nak masak? jeng jeng... hanya masukkan beras pulut hingga penuh (dan kepit dengan lidi kemas-kemas untuk tutup bahagian atas). Sila susun dalam periuk, masukkan santan separas bilangan kobong dan masak seperti biasa (cumanya tak dapat lihat benda dah masak sebab masa datang, hanya kelibat kobong je yang ada - mujur!). Selamat mencuba!
pandangan dari atas...

gambar sebahagian...
pandangan dari tepi...

pandangan dari depan...

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...