Isnin, 19 September 2011

sarapan laksam...

Ni cerita tentang makan lagi ek, jangan marah ek. Cuti Sabtu baru nih, encik suami ada keluar mencari sarapan. Dah kat tepi jalan depan umah takde, makanya melencong jauh sikit kat Desa Ilmu. Ada jumpa gerai depan umah, singgah ler. Alhamdulillah rezeki namanya, adalah dijual laksam, pelbagai kuih-muih, nasi lemak dan seumpama dengannya. Dapatlah kami bersarapan laksam dan nasi lemak (kongsi dua orang) - kenalah dengan tekak kami.
   Keesokan harinya cari sarapan di tempat yang sama, laksam takde dijual. Nasi lemak dan mee rebus dan lainnya ada dijual. Rasanya orang semenanjung (ada keluar pelat semenanjung-kata suamiku) sebab menjual hidangan sebijik serupa di semenanjung. Takpelah janji dapat jual makanan yang sedap dan berpatutan regenya.
sedapnya laksam nih...

abaikan rupa nasi lemak tu, yang penting sambalnya yang sedap dan pedas...

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...