Selasa, 27 September 2011

persiapan ramah-tamah Aidilfitri...

Assalamualaikum semua. Bertemu lagi di laman blog (alamak ayat skema plak). Maklumlah dah seminggu tak ke udara. Mengalahkan sibuk Menteri plak. Ni baru lapang, sebab sebelum ni sibuk bawak adik dan suaminya berjalan-jalan di sekitar Kuching. Sebelum mereka sampai, kami (DBPCS) sibuk membuat persiapan untuk majlis ramah-tamah Aidilfitri baru nih (23 Sepr. 2011).
         Ada cabutan bertuah disediakan selain hidangan lauk-pauk yang pelbagai. Alhamdulillah ramai staf yang hadir bersama keluarga masing-masing, terima kasih semua. Penat! jangan nak katalah, ke hulu ke hilir, memastikan lauk-pauk cukup ke idok. Bahagian pentas, AJK lain yang uruskan. Bila kena jaga bab-bab hidangan nih, memang lelah jadinya. Kami minta maaflah sekiranya hidangan yang disediakan tidak mencukupi, itu je rezeki yang ada.
     Gambar yang ada ni pun sekadar hamper-hamper sumbangan syarikat dan hotel untuk cabutan bertuah kelak. Gambar kemeriahan akan dimuat naik kemudian.
wah bestnya kalau dapat yang ini...

ni lagi best..tupperware...siap ada kurma lagi...

lum banyak lagi...

antara AJK yang banyak bertungkus lumus...terima kasih...

alhamdulillah rezeki untuk staf nanti...yang hadir ke ramah-tamah..

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...