Benda lain yang sempat kami beli, buah jambu batu yang dah lama dicari untuk dimakan dan dicicah dengan kuah rojak (kuah rojak dah ada-beli dengan kak Azilah hari tu, tinggal menunggu buahnya sahaja). Alhamdulillah dapat juga beli dua biji dan isinya berwana merah jambu (tak bertanya pun dengan penjual spesis apa buah ni-janji dapat beli jambu kan-sementelah kami tengok buah jambu ni rupanya sama je dengan buah jampu yang lain). Tak cicah dengan kuah rojak pun takpe sebab sedap dimakan begitu sahaja.
tak sangka isinya berwarna merah jambu... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan